HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Mei 2013

Bapa Dharmendran tolak pelawaan 'pegawai JPM'



 
Bapa kepada mendiang N Dharmendran mendakwa, seorang pegawai kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri menghubungi keluarganya untuk mengadakan pertemuan secara "rahsia" berhubung kes anaknya yang mati di lokap polis itu.

B Narayanasamy mendakwa beliau dihubungi oleh seorang lelaki malam Isnin lalu, yang turut meminta agar tidak memberitahu sesiapa mengenai perbualan mereka.

Menurutnya lagi isteri mendiang, S Marry turut dihubungi oleh individu berkenaan.

"Dia kata dia daripada pejabat perdana menteri dan dia nak jumpa saya dan Marry (isteri Dharmendran) sebab nak cakap mengenai apa yang berlaku tentang kematian Dharmendran dan dia juga minta tolong jangan beritahu peguam serta nak buat perjumpaan secara rahsia.

"Dia juga beritahu supaya jangan gunakan perkhidmatan peguam ini dan mereka kata ada peguam lain yang boleh membantu," kata Narayanasamy dalam bahasa Tamil.

Menurutnya, beliau menolak pelawaan berkenaan kerana perkara yang perlu ditumpukan pada masa ini adalah siasatan ke atas kes kematian Dharmendran dan bukan ahli keluarga.

"Dalam kertas doktor bedah siasat mati dipukul, kenapa tak terus siasatan?," katanya.

Kenyataannya itu diterjemahkan oleh peguam yang mewakili keluarga mendiang, G Sivamalar, dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang yang turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR N Surendran.

Tiada ulasan: