Jikalau sebelum ini, kalangan bangsa
Cina di Malaysia menjadi sasaran utama Utusan Malaysia kerana menjadi
“asbab” disebaliknya keputusan pilihanraya yang dilihat agak
mengejutkan, tidak memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional.
Masakan tidak….
Masakan tidak, jikalau dilihat realiti
paparan berita di media arus perdana, bantuan demi bantuan menjelang
pilihanraya yang melimpah ruah, kerahan jentera kerajaan, lonjakan
perbelanjaan berpuluh juta untuk pengiklanan di Internet (SEPERTI DI SINI),
kebanjiran (bendera, sepanduk, banting dan lain-lain lagi) tetapi
malangnya keputusan masih lagi tidak seperti dijangkakan? Apa lagi
puncanya?
Apa Lagi Guru Mahu?
Nah….sekarang kalangan guru Malaysia yang sokong pembangkang menjadi sasaran seterusnya…
DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang. Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia. Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan. Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia? Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara. Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia. Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap. Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu. Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!GELORA LANGKAWIBukit Tinggi, BalingSumber : Utusan Malaysia
Kami tidak pasti adakah benar guru yang
hanya menggelarkan dirinya sekadar “GELORA LANGKAWI” adalah seorang
guru. Jikalau benarlah beliau adalah seorang guru, kami “sangat kasihan”
dengan nasib anak muridnya. Mengapa? Kami petik semula sebahagian
kata-kata beliau seperti di atas, dan anda nilaikanlah sendiri :
Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.
Kasihan guru-guru dipersalahkan.
Bagaimana pula dengan profesion lain? Pensyarah? Jururawat? Doktor yang
tidak mengundi pembangkang? Adakah mereka juga dipersalahkan?
Kalau ikutkan sebenarnya, Nabi ajar umat
Islam supaya ikut segala ajaran dan sunahnya, bukan suruh bermusuhan
antara kaum. Jikalau Islam berkuasa & kuat di Malaysia sejak
daripada dahulu lagi sepatutnya tiada perpecahan sebegini rupa. Kita ada
cara daripada syariat yang diturunkan kepada umat untuk selesaikan
masalah. Tetapi sayangnya kita tidak ikut. Hanya pandai berdegar-degar
cakap mahu tegakkan Islam. Mulut cakap lain, tetapi buat lain.
- Kami mahu tegakkan Islam, dalam “poket kiri” ada botol arak
- Kami mahu tegakkan Islam, tangan kiri cukup kotor “ambil hak orang lain”
- Kami mahu tegakkan Islam, tangan kiri tidak amanah ketika menjalankan tugas
- Ada lagi yang anda nak tambah?
Jangan asyik hidup Melayu! Hidup Melayu!
Sehingga tergadainya Islam. Kita semua (orang Melayu adalah majoriti di
Malaysia) sehingga mencecah sekitar 60%. Dalam pada masa yang sama
bilangan minoriti bangsa Cina contohnya semakin kecil dek kerana semakin
ramai yang berhijrah ke luar negara.
- Kita ada raja-raja Melayu yang menjaga kepentingan bangsa Melayu
- Kita ada perlembagaan yang menjamin kepentingan bangsa Melayu
- Bilangan ahli parlimen berbangsa Melayu semakin bertambah di Dewan Rakyat. Alhamdulillah.
Tetapi selepas 50 tahun, kita masih lagi
takut dengan bayang-bayang sendiri, masih lagi bercakap Melayu, Melayu
Melayu. Sangat pelik di situ. Mengapa? Mengapa?
Bagi kami, siapapun yang mahu dipilih
semasa Pilihanraya itu hak mereka, tidak kira samada Barisan Nasional
atau Pakatan Rakyat. Pilihan masing-masing. Yang hairannya bagaimana
“GELORA LANGKAWI” ini boleh tahu dengan yakinnya hanya kurang 10% undi
Barisan Nasional? Ada bancian? Atau sekadar congakan sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan