KL TODAY
PETALING
JAYA: Walau pun mahkamah mengekalkan hukuman bersalah ke atas Dr Mohd
Khir Toyo, tetapi bekas Menteri Besar Selangor itu tetap berpendirian
beliau tidak melakukan rasuah. “Walau apa pun tanggapan mereka yang
tidak suka dengan saya, tapi hakikatnya saya tidak melakukan rasuah.
“Saya
hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya
percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah
amanah,” katanya.
Beliau
menulis di dalam blognya selepas beberapa jam panel tiga hakim Mahkamah
Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuannya.
Bagaimanapun,
beliau akan merayu di Mahkamah Persekutuan walaupun tidak
mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di
Mahkamah Rayuan.
Rasuah apa?
“Sebab tu
saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di
bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).|
“Namun
SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas
saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah.
“Rasuah
apa? Sokongan saya terhadap cadangan memajukan tanah secara usahasama
ke atas syarikat milik Shamsuddin (Haryoni) dinilai oleh Jawatankuasa
Teknikal yang saya tidak ketuai. Malah keterangan pegawai PKNS
menunjukkan banyak sokongan saya juga ditolak,” katanya lagi.
Malah DR
Khir tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk
memenjarakannya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah.
Dr Mohd Khir percaya beliau akan tetap bersalah walau apa pun bukti dibawa.
Tapi
sekurang-kurangnya beliau berharap para hakim akan memberi penghakiman
yang jelas agar tidak ada lagi penjawat awam menjadi sepertinya –
mangsa yang boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan