HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Mei 2013

SIAPA LU, TUNKU AZIZ? PR perlu hentikan perhimpunan Blackout 505


SIAPA LU, TUNKU AZIZ? PR perlu hentikan perhimpunan Blackout 505MALAYSIA CHRONICLE

PR tidak patut menyalahkan BN dalam apa juga perkara yang tidak menyebelahi mereka dan perlu menghentikan penganjuran perhimpunan Blackout 505.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, tindakan sering menyalahkan BN tidak masuk akal dan melampau.

Menurutnya, pemimpin PR perlu bertanggungjawab dan adalah penting untuk mereka memahami kesan penganjuran perhimpunan.

“Pemimpin PR adalah orang yang tidak tahu apa makna tanggungjawab dalam kepimpinan mereka. Menjadi seorang pemimpin penting untuk mengelak berlaku huru-hara,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran perhimpunan Blackout 505 tidak dihentikan kerana ia belum diadakan di Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu membuktikan pemimpin PR tidak mempedulikan keamanan negara.

“Cukuplah, sudahlah. Apa lagi yang mereka mahu? Apabila sudah kalah, jangan mencabar kerajaan, adakan perhimpunan dan mendakwa dakwat tidak bagus.

“Mereka yang mengeluarkan banyak kali kenyataan berkaitan perkara ini perlu ditangkap sahaja kerana apa yang mereka lakukan adalah bukan perkara yang boleh kita terima,” katanya.

Beliau juga kesal kerana masih ramai rakyat di negara ini yang tidak menerima kebaikan yang dilakukan kerajaan, sebaliknya mempercayai tohmahan pemimpin pembangkang.

“Saya sedih kerana kebanyakan penduduk Melayu di Malaysia yang melebihi penduduk Cina tidak percaya langsung apa yang kerajaan buat.

“Saya ingin ingatkan orang muda, jangan percaya 100 peratus dakyah PR. Gunakanlah akal yang waras. Jangan menerima apa sahaja yang mereka lakukan, nanti kita akan susah,” katanya.- Sinar Harian

Tiada ulasan: