Kumpulan yang diketuai Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) yang mewakili 20 NGO itu mendakwa pembunuhan itu bermotifkan politik yang berlaku ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Mipas, S.Barathidasan turut berkata, pihaknya juga berasa kesal kerana tiga memorandum dan sepucuk surat yang dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung kes berkenaan masih tidak ada sebarang maklum balas.
"Kami meminta agar Ketua Polis Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlaku adil, jujur dan telus terhadap siasatan kes ini kerana sampai sekarang pihak keluarga tidak dimaklumkan perkara sebenar.
"Mipas juga menyeru agar PDRM tidak pilih bulu dalam menjalani siasatan," katanya pada media, di sini, hari ini.
Pada 21 Mei lalu, kumpulan NGO terbabit telah menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid di Ibu Pejabat Polis (IPK) Bukit Aman yang mendesak supaya satu badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan itu.
Dalam pada itu, peguam waris K.Murugan, M.Visvanathan mendakwa pada tarikh sama, pihaknya telah menghantar satu surat permohonan temujanji untuk bertemu Abdul Khalid untuk membincangkan perkara itu namum masih belum beroleh jawapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan