HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Mei 2013

Harga Kereta Turun 20%-30% Dalam 5 Tahun Menjelang Pilihanraya Umum ke 14!

Staff Berita Semasa
 
Harga Kereta Murah

Kalau Pakatan Rakyat mengatakan manifesto bukan janji tetapi Barisan Nasional telah pun membuat akujanji untuk melaksanakan semua janji-janji mereka sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

Dan sekarang kalangan rakyat Malaysia masih ternanti-nanti apa dasar dan perancangan seterusnya daripada pihak kerajaan mengenai penurunan harga kereta. Bagaimana? Bila? 1 tahun? 2 tahun atau………..

Jikalau sesuatu dasar untuk menjurus ke arah kenaikan dan perolehan tambahan pendapatan negara, dilihat begitu pantas sekali tindakannya.

Kenaikan GST Malaysia
VS
Cukai Kereta Turun

Tetapi jikalau sesuatu dasar itu begitu dekat dengan rakyat di mana bakal membantu kalangan rakyat Malaysia meringankan beban kos sara hidup setiap hari di Malaysia agak “sukar” sekali untuk melaksanakan secara drastik walaupun pada kadar yang minimal.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, dan akhirnya rakyat Malaysia telah mendapat jawapannya. Yang mana dalam tempoh 5 tahun daripada sekarang harga kereta akan diturunkan sekitar 20% – 30% seperti yang berlaku sekarang

Harga Kereta Turun 20%-30% Menjalang 2017

The government will gradually reduce car prices by 20 to 30 percent in five years’ time, as promised in BN’s general election manifesto, said International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed.
“Car prices will not be reduced in one shot,” he said when delivering his speech at the ministry’s monthly assembly today.
He said that prices will be reduced in accordance to the market force, and the move is expected to enhance the competitiveness and productivity of industry players. Even though realising that reducing excise duty would also directly reduce the car prices, the minister said the government would not resort to such method as the excise duty contributes up to RM7 billion in revenue to the country.
He warned that reducing excise duty and car prices in one go would have a serious impact on the industry, which offered 200,000 job opportunities and could further cause closure of businesses. Mustapa added that it would be difficult to sell new cars as the prices of second-hand cars would also dropped.
“In life, we must balance (in each measure), you can’t resolve one problem, making the consumer happy, but create a new problem, where unemployment (might occur),” he said.
Ha……ada tetapinya. Kami tertarik dengan petikan pandangan daripada Menteri Perdagangan & Industri, Datuk Mustafa Mohamad :
  • Kerajaan begitu sayang sekali untuk kehilangan banyak pendapatan yang diperolehi setakat ini setiap tahun iaitu sekitar RM7 bilion
  • Jadi mereka (kerajaan Malaysia) tidak akan sesekali mengurangkan harga kereta dnegan cara mengurangkan duti eksais
  • Nampak? Tidak mahu mengurangkan duti eksais tetapi tidak mahu mengurangkan duti eksais yang belegar sekitar 65%-105%
Bagaimana caranya?
  1. Turunkan margin keuntungan “dealer”?
  2. Lebih baik spesifikasi kereta & kualiti dikurangkan?
  3. Kadar faedah pinjaman bank dinaikkan? Dan tempoh pinjaman dipendekkan menjadikan had maksimum berlegar di paras 7 tahun sahaja?
  4. Ada nak tambah lagi?
Dan soalan terakhir daripada model apakah yang akan menerima tempias penurunan harga kereta? Adakah kesemua model? Ataupun segelitir kecil sahaja? Yang mana satu?
Harapan kami, dalam masa terdekat ini, untuk permulaan turun harga kereta pada kadar 5%-10% dahulu. Bukan tidak boleh. Ini semua di bawah kuasa kerajaan pusat.
“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Kemudian pada tahun 2015 turun lagi 10% dan menjelang tahun 2017 turun lagi 10% Barulah nampak proses dan kesungguhan untuk menurunkan harga kereta. Bukan tidak boleh. Negara kita Malaysia bukanlah miskin benar, sehingga begitu berat hati untuk melepaskan RM1 bilion – RM2 bilion dengan kehilangan pendapatan cukai keretatetapi dalam pada masa yang sama beban kos rakyat Malaysia dapat dikurangkan. Pendapatan hasil minyak dan kepala sawit sahaja setahun mencecah RM150 bilion. Belum campur cukai korporat dan lain-lain. Tidak cukup?

30% penurunan cukai pun masih ada lagi baki cukai sekitar 35%-75%. Masih tidak cukup? Yang kenakan cukai sehingga 100% cukai kereta sebelum ini siapa yang laksanakan? Mengapa? Kesan kepada rakyat Malaysia & juga kepada industri kereta terpakai tidak pula dikaji pada ketika itu?

Andaikata diturunkan pada tahun-tahun akan datang pun kena hadapi impak yang sama bukan? Jadi apa bezanya?

Tiada ulasan: