HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Mei 2013

Saya terlepas dari amanah yang berat - Dr Rani

Hazayani Zakaria,
KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Selangor dari parti itu yang dilantik menjadi exco kerajaan negeri hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman (gambar) berkata, Adun yang dilantik harus menjadikan pelantikan tersebut sebagai medan untuk membuktikan kebolehan PAS dalam membantu pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Saya ucapkan tahniah kepada exco yang baru dilantik hari ini khususnya Adun PAS.

"Saya harap mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan memberi fokus kepada agenda menjaga kebajikan rakyat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Empat Adun PAS yang dilantik ialah Iskandar A. Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehin Mukhyi (Sabak) dam Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Iskandar memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar, Dr. Ahmad Yunus Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Sallehin Mukhyi Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa dang Dr Halimah Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.

Sementara itu, mengulas berhubung ketiadaan nama beliau dalam senarai exco Selangor, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan berasa lega kerana terlepas daripada amanah yang berat.

"Saya terima perkara ini dengan hati terbuka dan ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat bersama Pakatan Rakyat di Selangor.

"Saya akan memberi tumpuan kepada tugas saya sebagai Adun untuk berkhidmat kepada masyarakat dan agenda saya tetap sama iaitu menjatuhkan Umno BN," tegasnya yang juga Adun Meru.

Tiada ulasan: