KL TODAY
KUALA LUMPUR: Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar
disuruh cermin diri terlebih dahulu sebelum bercerita mengenai
ketelusan SPR dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya yang bakal
diadakan hujung tahun ini.
Menurut
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, Wan Ahmad adalah salah seorang
pegawai SPR yang terlibat dalam persempadanan semula kawasan
pilihanraya di 2003.
Menggunakan
Kedah sebagai contoh, Ong berkata SPR tidak melakukan amanah tersebut
berdasarkan undang-undang, malah sangat memihak kepada BN pada 2003
ketika Wan Ahmad menjadi timbalan pengerusi SPR.
“Perkara
itu paling jelas di Kedah di mana tiada kerusi parlimen mahupun Dun
ditambah selepas BN hilang 2/3 majoriti Dewan Rakyat setelah tewas di
pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000, tapi sempadan dilakar semula
dengan niat membantu Umno untuk menang kembali beberapa kawasan
parlimen yang ia tewas pada pilihanraya umum 1999,” kata Ong dalam satu
kenyataan.
Sebelum
ini, SPR telah cuba mempertahankan perbezaan dalam jumlah undi setiap
kawasan dengan merujuk kepada prinsip pemberat kawasan pedalaman (rural
weightage) di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan
yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang
lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan lebih mudah
dihubungi.
“Tapi di
Kedah, ketika persempadanan semula 2003, prinsip ini dilanggar dengan
jelas. Undi bukan Melayu telah dikeluarkan daripada kawasan selamat
Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS iaitu Kuala Kedah dan Pokok
Sena.
“Pengundi
bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Merbok ke
kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno BN di Padang Serai telah
dipindahkan ke kerusi PAS di Baling,” hujah Ong.
Jadual
1: Perbezaan di kawasan dan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan
pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula Kedah pada 2003.
Kerusi Parlimen | Keluasan (km2) | Jumlah Pengundi pada 2003 | Jumlah Pengundi pada 2013 |
P8 Pokok Sena | 320 | 64192 | 80916 |
P9 Alor Setar | 109 | 56007 | 69189 |
P10 Kuala Kedah | 232 | 73942 | 95534 |
P16 Baling | 1544 | 73942 | 93376 |
P17 Padang Serai | 352 | 51778 | 74245 |
Ong
berkata persempadanan melampau SPR boleh dilihat apabila perbandingan
antara jumlah pengundi dengan keluasan kawasan dibuat seperti di Jadual
1.
“Sebagai
contoh, P9 Alor Setar, walaupun ialah kawasan bandar yang maju dengan
keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya
mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding dengan
kawasan jiran yang lebih besar seperti P8 Pokok Sena (64,912) and P10
Kuala Kedah (73,942). Perbezaan ini masih kelihatan di pilihanraya
2013, Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok
Senan dan 95,534 di Kuala Kedah,” kata Ong.
Kes paling
melampau kata Ong ialah P16 Baling, kawasan pedalaman di Kedah.
Persempadanan semula di 2003 telah meningkatkan jumlah keluasan Baling
dari 1,107km2 ke 1,544km2, sedikit kecil daripada keseluruhan Melaka.
Ini,
katanya kerana salah satu daripada kawasan kuat Umno di kawasan jiran
Padang Serai – Kuala Ketil – telah dipindahkan di kawasan Baling.
Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah
pengundi yang lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942).
“Perkara
ini masih jelas kelihatan di pilihanraya 2013. Baling sekarang
mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan dengan
74,425 pengundi di kawasan bandar Padang Serai,” jelas Ong.
Ini semua membuktikan bahawa prinsip ‘rural weightage’ langsung tidak diikuti oleh SPR ketika persempadanan semula di Kedah.
Persempadanan
melampau ini, kata Ong, akhirnya makan tuan pada pilihanraya di 2008
apabila pengundi bukan Melayu yang setia pada BN, yang tidak akan
mengundi PAS, telah memberikan undi mereka kepada pembangkang.
“Antara
pegawai SPR yang ada, Wan Ahmad adalah antara yang bersama SPR ketika
persempadanan melampau di 2003. Oleh itu, beliau pegawai SPR yang
paling kurang layak untuk mempertahankan rekod SPR untuk memastikan
persempadanan semula yang adil bermula hujung tahun ini,” kata Ong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan