Untuk penggal ini, PAS mendapat kuota terbanyak iaitu empat kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi.
“Majlis angkat sumpah sedang bermula sekarang,” kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Sementara anggota Exco dari DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) and V Ganabatirau (Kota Alam Shah).
PKR pula meletakkan tiga orang wanita sebagai anggota Exco iaitu Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), Rodziah Ismail (Batu Tiga) and Dr Daroyah Alwi (Sementa).
Buat pertama kali dalam sejarah seorang wanita dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Hannah Yeoh (gambar) dari DAP sementara Nik Nazmi Nik Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Dalam Pilihan Raya 2013, PR berjaya mempertahankan Selangor apabila PKR memenangi 14 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi mereka berjumlah 44 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Sementara Barisan Nasional (BN) Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memperolehi 14 kerusi DUN.
Walaupun PKR mendapat kerusi paling sedikit, PAS dan DAP bersetuju agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.
Selepas Pilihan Raya 2013, Selangor merupakan negeri terakhir yang membentuk Kabinet negeri disebabkan pertikaian antara parti PR berhubung jawatan Exco.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan