HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Mei 2013

SU PKR jumpa Khalid dalam masa terdekat

JAMILAH HAMZAH

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail
 
SHAH ALAM - Desas desus berhubung rombakan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan diketahui minggu depan.

Sinar Harian Online telah menghubungi Saifuddin untuk mengesahkan perkara tersebut.

"Saya akan berjumpa dengan menteri besar minggu depan.

"Sebelum saya berjumpa menteri besar, saya tak dapat nak ulas apa-apa," katanya.

Sebelum ini sumber rapat Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan akan ada satu rombakan bakal dilakukan terhadap pentadbiran kerajaan negeri ini.

Ia bagi memberi laluan kepada Saifuddin untuk dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Perkara sama turut disebut oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa Saifuddin akan dilantik sebagai  ‘political liaison’ atau pegawai perhubungan politik dalam kerajaan negeri Selangor.

Difahamkan Saifuddin dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tiada ulasan: