HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mei 2013

Rakyat Johor diminta kemukakan soalan kepada lima Ahli Parlimen PR di Johor

Roketkini.com



GELANG PATAH: Rakyat Johor yang mempunyai soalan dijemput mengemukakan soalan mereka kepada lima Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) di Johor sama ada menerusi e-mel untuk membolehkan soalan itu ditanya kepada menteri di Parlimen yang akan bersidang selama 16 hari mulai 24 Jun ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata soalan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada semua Ahli Parlimen PR di Johor termasuk e-melnya, lksmpgp@gmail.com sebelum 3 Jun ini bagi membolehkan soalan itu dikemukakan untuk mesyuarat pertama Parlimen ke-13 pada 5 Jun ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Parlimen ke-13 akan bersidang selama 16 hari mulai 24 Jun hingga 18 Julai, dan 222 Ahli Parlimen yang baru dipilih pada 5 Mei lalu akan mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

Katanya, Yang di Pertuan Agong akan merasmikan persidangan Parlimen pada 25 Jun dan sesi Parlimen akan bermula bersidang dengan membahaskan Titah Ucapan Diraja pada 26 Jun ini.

“Parlimen ke-13 akan mempunyai tiga mesyuarat pada tahun ini iaitu mesyuarat kedua Parlimen akan diadakan selama lapan hari mulai 23 September hingga 3 Oktober dan mesyuarat ketiga iaitu mengenai pembentangan Bajet 2014 selama 27 hari daripada 21 Oktober hingga 5 Disember ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.-Roketkini.com

Tiada ulasan: