HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Mei 2013

KDN jangan peralat polis, fokus tangani jenayah

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa tidak memperalat pasukan polis bagi tujuan politik dan memberi kebebasan kepada institusi menangani isu jenayah, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

“Biarkan polis tumpu pada kerja sebenar mengawal jenayah kekerasan dan sebagainya, Bukannya buang masa untuk tarik ahli politik atas tindakan politik yang berhak mereka lakukan.

Sungai Buloh-20130530-01492

“Jangan peralat dan perguna pihak polis. Ini adalah pegawai-pegawai kanan yang terpaksa buang masa atas arahan yang menyeleweng,” kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN semalam.

Beliau hadir untuk disoal siasat di bawah Akta Pehimpunan Aman 2012 berhubung kehadirannya dalam himpunan solidariti Adam Adli pada 22 Mei lalu.

Pada malam tersebut, seramai 18 orang, termasuk pembantu peribadi beliau, Peter Chong ditahan ketika berhimpun di hadapan lokap Balai Polis Jinjang.

“Saya tidak faham mengapa saya dipanggil untuk soal siasat sedangkan segala yang berlaku pada malam itu disaksikan puluhan anggota polis, malah sudah pasti ada rakaman video mengenainya, semua ini polis sudah sedia maklum.

Dalam pada itu, Sivarasa berkata, beliau tidak dimaklumkan sama ada akan dipanggil semula untuk siasatan atau pendakwaan.

Beliau disoal siasat kira-kira satu jam ditemani peguam G. Sivamalar.

Tiada ulasan: