Seorang peniaga wanita mendakwa dicabul seorang doktor ketika membawa pekerjanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Ipoh.
Mangsa yang berusia 49 tahun itu mendakwa dalam kejadian pukul 11.30 pagi 22 Mei lepas, doktor berumur lingkungan 60-an itu mengajak beliau naik ke tingkat atas klinik untuk melihat lukisan.
"Selepas membuat pendaftaran nama pekerja, dia (suspek) mengajak saya melihat lukisan kerana saya tidak menghadirkan diri ke pertandingan melukis kanak-kanak yang dianjurkannya sehari sebelum kejadian.
Semasa berada di tingkat atas, doktor itu tiba-tiba memeluknya dari belakang dan mencabulnya, katanya pemberita di Ipoh hari ini.
Peniaga itu berkata lima selepas kejadian, beliau dan suaminya berjumpa doktor terbabit di klinik itu bagi bertanyakan mengenai kejadian itu tetapi mereka dihalau dan berlaku pergaduhan.
"Suami saya mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan kanan, muka serta calar di dada akibat dicucuk dengan pen," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai.
Sementara itu, Ketua Polis Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kertas siasatan telah lengkap dan dihantar kepada timbalan pendakwa raya," katanya.-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan