parlimen

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dijangka akan merasmikan pembukaan sidang Dewan Rakyat, di Parlimen hari ini sebelum sesi perbahasan diteruskan bagi penggal ke-13.

Setelah 222 ahli Parlimen selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing, semalam, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal ini.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama dua minggu dan berakhir sebelum menjelang Ramadan pada awal bulan depan.

Perbahasan ini, semestinya akan dinanti-nanti oleh rakyat Malaysia kerana rakyat mahu melihat sejauhmana pentas Parlimen mampu membincangkan kebajikan rakyat.

Sidang Parlimen kali ini dijangka akan menyaksikan usaha kerajaan memerintah melaksanakan janji manifesto PRU13 manakala pihak pembangkang pula dijangka akan membawakan beberapa isu yang bakal 'menghangatkan' persidangan itu nanti.