HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Jun 2013

Himpunan Black 505 Aman, Huru-hara Dakwaan BN Bohong


KELAB GREENBOC

Kejayaan himpunan Blackout505 secara aman dengan kehadiran lebih 50,000 peserta membuktikan dakwaan dangkal pemimpin-pemimpin UMNO-BN adalah bohong sama sekali.

Malah, perhimpunan kali ini sekali lagi menunjukkan perpaduan erat rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama selepas kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat awal tahun lalu.

Menzahirkan rasa bangga, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, himpunan pada hari ini merupakan manifestasi keberagaman dan wajah sebenar Malaysia.

“Kita boleh berhimpun bersama-sama merentasi semua batas agama, kaum mahu pun daerah demi menuntut keadilan dan hak rakyat dalam pilihan raya lalu,” ujar beliau.

Menurutnya, keadilan dan persefahaman seluruh rakyat merupakan asas penting pembentukan Malaysia yang sebenar.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan terus melawan semua penipuan Pilihan Raya Umum ke 13 samada di dalam mahu pun di luar dewan (Parlimen).

“Rakyat sudah tunjukkan isyarat jelas mahu pegawai-pegawai tertinggi SPR berundur,” katanya.

Bagaimana pun, Anwar bertegas bahawa setiap tindakan yang dibuat haruslah mengikut landasan demokrasi dan berperlembagaan.

“Kita mahu lakukan perubahan cara aman,” ujar beliau.

Beliau juga turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan hadir ke Dewan Rakyat bagi majlis angkat sumpah.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula mahu segala penipuan SPR ini perlu dihentikan segera demi memastikan PR tidak menerima nasib yang serupa dalam setiap pilihan raya.

“Jika himpunan ini dan sidang parlimen tak lama lagi tidak merubah peranan SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita akan hanya buat ‘post mortem’ kenapa kita kalah,” katanya.- Roketkini

59 ulasan:

Unknown berkata...

Lihat lah betapa bangang punya budak melayu..hari sabtu dulu dok berpanas dengar anuar meroyan..bermalam dengan jerebu dan embun sehinggakan dihalau oleh DBKL pagi tadi..lepas tu tidur pulak kat atas jalan konon nya nak masuk joint dalam Parlimen..lest sekali merengkot dalam lokap….tengok la nanti bila pertuduhan dimahkamah sekiranya dijatuhi hukuman penjara adakah pemimpin ko nak joint sekali..ataupun pemimpin ko kata saya tak suruh pun mereka lakukan tu semua..so jawabnya tanggung lah sendiri…

Unknown berkata...

Pasai apa Anuaq & pemimpin lain PR tak nak buat laporan kata SPR menipu dalam menjalan kan proses PRU13…? Leh la Polis bukak fail siasatan.

Kalo betoi ada penipuan apa lagi tunggu buat tindakan perundangan la…jangan la nak peralat kan para remaja kurang matang tu asyik membaring diri ataih jalan raya…? Pelek nya yang ghamai ada la oghang melayu mana pi pemuda cina & india…? Depa tu duduk kat umah berehat rehat sambil pantau tindakan bodo oghang oghang melayu main politik….!!!

Insaf la oghang oghang melayu hang pa dah di perbodo kan oleh kaum pendatang sial cina bawaan kolonial British tu. Peghangai haprak hang pa tu sama la ngan kelakuan datuk nenek kita dulu yang asyik berpecah belah nak merebut kuasa yang tak sebaghapa nak ada tu. Ujung ujung hang pa dah bantu depa nak jadi raja/pemimpin negeghi.Tanpa peperangan fizikal penjajah berjaya menawan Tanah Melayu. Contohi la sikap & tindakan saudara kita di Indonesia depa berjuang sanggup mengorban nyawa untuk pertahan kedaulatan negagha depa tak macam pemimpin bodo melayu kita tu. Kena tipu helah oleh penjajah haprak dongga tu. Demi kuasa depa sanggup menggadai marwah bangsa & negagha.

La ni hang pa plak dah ikut peghangai busuk pemimpin mabuk kuasa kita dulu kala. Jadi sapa yang rugi hah…? Pemimpin pemimpin haprak dongga tu saja nak peralat kan hang pa demi mencapai cita cita nak berkuasa sekadaq nak dapat wang,harta & penghormatan peribadi.

Unknown berkata...

Kesian aku tengokkan kebodohan anak melayu yang rela dipergunakan oleh pemimpin mereka..persoalan nya pa yang mereka perolehi hasil kerja sebegini..kalau keje kuli sape pemerintah pun kalian jadi kuli jugak laa ..kepada yang belum insaf tu lihat lah gelagat pemimpin kalian..buat ajak penikut kata SPR tak telus tapi mereka last sekali pagi ni mereka memperakui yang SPR memang telus dalam PRU13 dengan mengankat sumpah diParlimen..

Sekarang dah lembu dan beruk belaan dah kena tangkap tengok lah nanti akan terjadi perkara yang sama saperti mamat ni akibat terlalu bodoh dan berlagak pandai..dan kononnya dia berani Umar Mohamad Azmi saorang pelajar kolej dan merupakan salah saorang peserta yang perhimpunan membantah PTPTN diDataran Merdeka pada bulan april lepas telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1k dan penjata sebulan atas kesalahan menghalang tugas saorang anggota Penguatkuasa Bandaraya yang menjalankan tugas untuk menangkap saorang peserta diperhimpunan tersebut. Nasib baik lah diMakamah pada jumaat lepas dia membuat rayuan dan budak bodoh ni cuma dikenakan hukuman denda sebanyak RM3K sahaja.
Didalam soal ini mana pergi nya para peguam PR..mana perginya para pemimpin yang dia puja saperti nuar brahi anak btanak, cekgu bard ataupun sham ketot..semuanya tidak nampak muka untuk membela nasib budak yang kencing tak lurus n…Ingat lah bahaw mereka ini hanya lah mempergunakan kalian untuk menjadi kuli batak mereka tetapi pabila kejadian ini berlaku..kalian akan menanggung akibatnya sendirian…itu belum lagi lihat apakah tindakan susulan daripada kolej tempat dia belajar kerana dia telah menjatuhkan maruah kolej tempat beliau belajar..
Berpolitik bukan tak boleh tapi biar lah kencing tu lurus dahulu..habiskan dulu pengajian..lepas tu lantak korang laa..yang kesian adalah mak bapak yang mengharapkan kejayaan anak2 mereka tapi bukan pujian daripada masyarakat yang mak dapat dapat tapi kata2 nesta dan cacian daripada masyarakat serempat..lain kali kalau nak buat sesuatu perkara tu guna lah otak jangan main redah je..
Ini baru satu contoh..kalian akan lihat banyak lagi contoh yang sama akan terjadi satelah semua melayu bangang yang ditangkap sewaktu perhimpunan bersih didakwa di mahkamah…tak percaya tunggu laa..hari ini pula kalau ada yang mengalami kecederaan ataupun ditangkap tanggung sendir saja la..buat permulaan memang nuar & gangs akan ambil peduli sebab nak pergunakan isu ni bagi memburukkan kerajaan dan pihak keselamatan tetapi selepas tu lu tanggung sendiri laa sebab kalian dah tak berguna kepada kegiatan mereka..contoh terbaik apa yang terjadi kepada keluarga pemandu teksi yang meninggal dunia disebabkan sesak nafas di Jaalan Ampang sewaktu menghadiri perhimpunan bersih kali kedua dulu..kematiannya dipolitikan tetapi pabila pengesahan doktor menyatakan bahawa kematiannya disebabkan masalah kesihatan…nuar & the gang terus lesap..yang menanggung akibatnya adalah keluarga pemandu teksi tersebut..

Unknown berkata...

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dan sembilan badan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan Black 505 di ibu negara pada Sabtu.

Unknown berkata...

Antara NGO yang terlibat ialah Belia Optimis Satu Suara, Belia 4B Perak, Suara Anak Muda Perak, Badan Amal Tarbiah Sejagat dan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB).

Unknown berkata...


Pengerusi SHEB negeri Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata laporan polis itu dibuat kerana perhimpunan itu mengganggu ketenteraman awam serta boleh menyebabkan negara menjadi huru hara.

Unknown berkata...

“Saya meminta pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak penganjur perhimpunan Black 505 yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Sungai Senam, di sini.

Unknown berkata...


Katanya tindakan pembangkang menghasut rakyat dengan mendakwa proses pilihan raya umum yang lepas tidak betul adalah tidak wajar kerana mereka turut menang di beberapa negeri pada pilihan raya itu.

Unknown berkata...


“Terimalah keputusan tersebut dan bukan menghasut rakyat dan buat perhimpunan sana sini,” katanya.

Mumbai berkata...

Dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur ada kebenarannya biarpun cuba dinafikan pemimpin mahupun penyokong Pakatan Pembangkang dalam penganjuran Himpunan Blackout 505 yang dijadualkan diadakan pada hari ini.

Mumbai berkata...

Himpunan Blackout 505 tajaan Anwar Ibrahim itu dijangka akan mencetuskan huru-hara seperti yang pernah berlaku dalam Perhimpunan Haram BERSIH sebelum ini.

Mumbai berkata...

Untuk mengingatkan kepada peserta-peserta Himpunan Blackout 505, segala macam bentuk provokasi telahpun disebarkan melalui media sosial. Ini bagi memudahkan persiapan lebih awal dilakukan khususnya dalam menyediakan peralatan yang perlu.

Mumbai berkata...

Persoalan di sini apakah perbuatan seperti ini yang dituntut oleh agama Islam seperti yang dihalalkan Setiausaha Agung Majlis Syura Ulama PAS, Nik Mohd Zawawi?

Mumbai berkata...

Perbuatan itu dikesan dilakukan melalui laman-laman blog, Facebook dan Twitter yang antara lain mahu peserta perhimpunan melakukan provokasi ke atas polis.

Mumbai berkata...

Dalam status akaun Twitter, seorang aktivis pembangkang secara terbuka menyatakan kejayaan perhimpunan tersebut adalah apabila tiga trak polis berjaya diterbalikkan, dua kenderaan water cannon berjaya ditumbangkan dan tiga bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya dipunahkan.

Mumbai berkata...

Kemudian, aktivis itu turut memuat naik satu lagi status yang menyebut, jika tidak, himpunan esok adalah gagal.’ Selain itu, turut disebarkan dalam laman Facebook adalah beberapa kaedah berserta lakaran gambar yang perlu dilakukan oleh perusuh sekiranya berhadapan dengan polis.

Mumbai berkata...

Apa pula komen Pakatan Pembangkang seperti Rafizi, Tony Pua mahupun Mat Sabu ke atas tindakan penyokong Pakatan Pembangkang dalam meminta peserta Blackout 505 itu melakukan keganasan?

Mumbai berkata...

Kenapa bendera Syria dan Turkey berkibar di depan Masjid Negara dan dibawa ke Blackout505? Turkey itu negara yang diatur dan bina oleh Freemason melalui bangsa Daemoh Yahudi yang berpura-pura hidup sebagi orang Islam...

Mumbai berkata...

Turkey adalah negara Islam yang begitu sekular dan liberal budayanya hingga budaya Islam sudah tidak wujud dan hanya tinggal pada orang tua-tua saja. Mereka dah tak amalkan Islam dna hanya ngaku saja Islam.

Mumbai berkata...

Manakala Syria pula adalah salah satu lagi bakal menjadi mangsa Arab Spring tetapi bezanya ia bukan berlaku dari people uprising tepi pihak asing membantu menyediakan senjata untuk kumpulan memberontak berperang dengan askar kerajaan.

Mumbai berkata...

Pihak kerajaan yang zalim berlawan dengan pihak pemberontak yang disenjatakan asing hanya berakhir dengan perang saudara yang akan melemahkan dan mejahanamkan negara itu. Itu yang kuasa asing mahu ....

Mumbai berkata...

Kedua-dua negara ini (Syria dan Turkey) adalah contoh-contoh negara yang sedang berhadapan dengan kemusnahan. Itukah yang budak-budak puak penyokong pembangkang ini semua mahu????

Unknown berkata...

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, beberapa orang anggotanya cedera dalam pertembungan dengan kumpulan peserta perhimpunan berhampiran bangunan Parlimen.

Unknown berkata...

Mohmad berkata, kejadian itu antara lainnya mengakibatkan seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul mengalami kecederaan di mata kanan dan hidung.

Unknown berkata...

Seorang anggota polis IPD Dang Wangi terseliuh ibu jari tangan kiri dan patah gigi hadapan, katanya lagi.

Unknown berkata...

Peserta perhimpunan juga telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas, katanya dalam kenyataan berkenaan.

Unknown berkata...

Tambahnya, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita ditahan perempuan termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan dalam kejadian tersebut.

Unknown berkata...

Suasana perhimpunan berkenaan bertukar tegang pada kira-kira jam 11.10 pagi apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Unknown berkata...

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Unknown berkata...

Kumpulan tersebut terdiri dari kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok dan disertai serami kira-kira 150 orang lagi yang seterusnya mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi tadi.

Unknown berkata...


Selain itu juga, Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah mengutuk tindakan peserta perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berkhemah di kawasan Padang Merbok ketika negara di selubungi jerebu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak munasabah serta sia-sia. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas terhadap kumpulan berkenaan kerana kelonggaran undang-undang yang diberikan kepada kumpulan itu hanya akan melahirkan persepsi bahawa undang-undang negara adalah lemah.

Unknown berkata...

Pendapat ini juga disuarakan NGO lain yang bersama PPIM…ini adalah perbuatan yang paling bodoh, terutama kalau kita tengok keadaan cuaca sekarang, dengan jerebu lagi. Kita akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini, kerana kita takut rakyat pada masa hadapan akan terus tidak endah kepada undang-undang, katanya.

Unknown berkata...

Semalam, sepuluh NGO dengan 240 anggota mendirikan 60 khemah dan bermalam di Padang Merbok, selepas perhimpunan Black 505 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU13. Setakat pukul 4.30 petang, sebahagian kumpulan yang berkhemah di kawasan itu bersurai setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis dua jam supaya mengosongkan kawasan tersebut, manakala selebihnya masih berdegil dan tidak berganjak.

Unknown berkata...

Pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Mohd Hafiz Ariffin berkata tindakan protes dengan berkhemah tidak patut diadakan kerana Malaysia yang menuju ke arah Wawasan 2020 sepatutnya mempunyai rakyat yang lebih bertindak matang dan berganding bahu sekiranya berhadapan masalah. Mohd Hafiz turut mengajak generasi muda bertindak lebih rasional dan praktikal demi masa hadapan negara dan tidak menjadi ‘anti-establishment’ dengan melakukan pelbagai protes di jalan raya dan bertindak agresif.

Unknown berkata...

Generasi muda sepatutnya mempunyai intelektual segar dan metodologi perundingan dan diplomasi (supaya) kita akan lebih diterima, tetapi sekiranya generasi muda menghindari cara ini, harapan kita untuk mempunyai pemimpin masa depan (bagi) memandu negara akan menjadi gelap. Turut mengutuk tindakan itu ialah Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia Amir Ansaa yang berpendapat ada lebih banyak perkara yang lebih penting perlu diberi keutamaan oleh kumpulan berkenaan.

Unknown berkata...

Amir berkata kerajaan yang wujud selepas PRU13 dipilih mengikut undang-undang negara, dan sehingga sekarang, tidak ada masalah kronik timbul seperti kebuluran, jika sekiranya didakwa kerajaan sekarang adalah kerajaan tidak berkemampuan. Demonstrasi seperti ini hanya mencemarkan nama negara, katanya.

Unknown berkata...

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ruslan Kasim menggesa kumpulan yang rata-rata terdiri daripada golongan muda itu supaya tidak secara melulu terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang. NGO itu sebenarnya hanya diperkudakan pihak Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Unknown berkata...

Pembangkang sudah pun setuju untuk mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, ini bermakna mereka terima dan iktiraf keputusan PRU13, jadi apa perlu diadakan perhimpunan, apatah lagi melakukan kerja sia-sia berkhemah di Padang Merbok.

Unknown berkata...

Sementara itu, Pensyarah di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Maszlee Malik berkata titik noktah perlu dijelaskan pemimpin pembangkang khususnya Anwar berhubung hala tuju politik selain daripada perhimpunan atau demonstrasi jalanan yang sering diadakan kebelakangan ini. Kita akui hak rakyat untuk berhimpun menyatakan hasrat dan sebagainya selagi aman tetapi perlu dijelaskan selama mana nak dibawa?

Unknown berkata...

Kita tidak mahu rakyat tidak iktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 dan menyatakan kerajaan yang dipilih tidak sah tetapi akhirnya tidak tahu ke mana arah tuju rakyat untuk maju ke depan. Harapan kita terhadap kerajaan yang dipilih supaya memperkasakan masyarakat untuk turut bersama dalam tadbir urus agar suara rakyat dapat digunakan untuk membangunkan negara, dan bukannya hanya suara orang politik sahaja.

Unknown berkata...

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mencadangkan agar pemimpin pembangkang khususnya Anwar memberikan fokus kepada kemaslahatan (faedah) rakyat berbanding melakukan perkara bersifat retorik. Beliau berkata tidak dinafikan hak berkumpul secara aman diiktiraf Perlembagaan Persekutuan tetapi mereka perlu turut memikirkan apa jua yang dilakukan perlulah membawa kebaikan kepada rakyat bukan sekadar bermotifkan perasaan peribadi individu atau sesuatu pihak.

Unknown berkata...


Jika benar perhimpunan itu diadakan untuk rakyat, jadi perlulah fikir soal kesihatan mereka juga, mungkin boleh tangguh atau sebagainya,katanya. Beliau turut mempersoalkan sejauh mana perhimpunan atau demonstrasi yang diadakan kebelakangan ini memberi pulangan positif kepada rakyat

Unknown berkata...

Mereka sudah diberi amaran, tetapi tidak mengendahkannya, apabila ditahan mereka bertindak kasar pula.

Unknown berkata...

Itulah sebabnya ditegah perbuatan mebuat perhimpuanan, inikan lagi di masa-masa jerebu yang menjejaskan kesihatan semua orang.

ruthless berkata...

Kesemua 32 orang yang ditahan dalam perhimpunan berhampiran pintu masuk Parlimen semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.

ruthless berkata...

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini Elumalai berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat bermula jam 12 tengah malam semalam dan selesai dibebaskan kira-kira jam 2.15 pagi.

ruthless berkata...


Katanya, setakat ini polis belum memaklumkan lagi sama ada mereka yang ditahan semalam akan didakwa atau pun tidak.

ruthless berkata...


"Belum ada apa-apa makluman daripada polis berkenaan perkara itu," katanya.

ruthless berkata...


Polis dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bahawa mereka yang ditahan mungkin akan berhadapan empat dakwaan.

ruthless berkata...

Ia adalah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas,dan Seksyen 9(5) dan Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman atas tuduhan mengadakan perhimpunan tanpa notis dan berarak tanpa memberikan notis.

ruthless berkata...




Keadaan menjadi tegang semalam apabila kumpulan tersebut cuba melepasi halangan polis yang didirikan kira-kira 800 meter dari pintu masuk Parlimen.

ruthless berkata...

Bagaimana pun mereka gagal berbuat demikian kerana halangan itu dikawal tidak kurang daripada 300 orang semalam.

ruthless berkata...

Polis mendakwa seorang pegawai polis cedera di mata kanan dan hidung manakala seorang lagi pula patah gigi dan terseliuh ibu jari kiri dalam pertembungan tersebut.

malar bingung berkata...

Peserta Perhimpunan Black 505 yang membantah dan mendakwa penipuan dalam pilihanraya ke-13 yang lalu telah berhimpun pada hari Sabtu yang lalu walaupun keadaan jerebu. Walaupun tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan amaran daripada pihak polis,mereka tetap meneruskan perhimpunan tersebut yang diadakan di Padang Merbok,Kuala Lumpur.

malar bingung berkata...

Peserta yang terdiri dari penyokong pembangkang Pakatan Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mula berhimpun di tujuh buah lokasi yang dijanjikan seperti di Brickfields, Masjid Negara, Pudu, Jalan Raja Laut (PAS ibu pejabat), Universiti Malaya, kompleks beli-belah Sogo dan Pekeliling sebelum bergerak ke Padang Merbuk. Polis menerima maklumat bahawa penganjur perhimpunan itu telah mengarahkan penunjuk perasaan untuk membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dengan niat sengaja menimbulkan huru-hara.

malar bingung berkata...

Provokasi yang dirancang adalah untuk menghasut kemarahan anggota polis yang bertugas semasa perhimpunan tersebut, dengan harapan untuk mendapatkan beberapa bentuk tindakan balas. Namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga mereka dihalau oleh pihak berkuasa supaya membersihkan khemah-khemah di kawasan yang mereka dirikan di Padang Merbuk pada hari Ahad.

malar bingung berkata...

Pagi semalam seramai 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah di Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang. Polis telah mengawal ketat sepanjang masa untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kejadian yang boleh mengganggu perjalanan majlis semalam. Apa yang lebih mengejutkan mereka,pemimpin yang mereka sanjungi Anwar Ibrahim turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen semalam. Pemimpin yang sering mengatakan dalam setiap ceramah bahawa pilihanraya yang lalu adalah tidak adil dan telus. Lebih memeranjatkan lagi penyokong pembangkang apabila pemimpin tersebut duduk semeja dan bergurau dengan Perdana Menteri. Sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah dari penyokong mereka.Lihatlah nukilan dari facebook seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat iaitu Otai Reformasi.

malar bingung berkata...

Peristiwa hari ini memberikan banyak pengajaran buat kita,
32 org rakyat ditangkap,
Dibelasah hingga cedera di luar parlimen,
Rakyat sanggup bersolidariti bersama mereka (MP),
Rakyat sanggup tidur beralaskan padang berbumbungkan langit,
Rakyat sanggup diserang oleh penguasa ketika nyenyak tidur,
Rakyat sanggup berarak, berpanas-panasan ke parlimen,
Ini semua kerana mahu bersama-sama melawan penipuan pilihanraya,
Namun politikus borjuis yang oportunis,
Yang bukan main lagi bergebang mengatakan mereka pembela rakyat sebelum,
Kini kembali menyalahkan rakyat membuat protes di luar parlimen tadi,
Kalian bersenang-lenang di dalam parlimen dgn kerusi empuk dan hidangan yang lazat,
Kami di luar dihidangkan dengan penumbuk dan penerajang oleh sang polisi,
Aku kata udahlah, orang tidak berparti seperti kami ini sudah tidak memerlukan simpati & belas kasihan politikus borjuis dan oportunis,
Macai-macai parti mereka bukan main lagi menyalahkan kami kerana dianggap bodoh dan pengganggu,
Ya, kami yang tidak berparti ini barangkali tidak memberi apa-apa signifikan dan kepentingan kepada parti mereka,
Mungkin sebab itu kami tidak dikategorikan sebagai golongan rakyat dalam tafsiran mereka,
Sudahlah teman-teman, saatnya kita berdiri atas kaki sendiri dan membentuk gerakan politik yang baru,
Yang lebih ikhlas dalam memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman tanpa ada apa-apa kepentingan melainkan buat rakyat & negara tercinta.
Solidariti buat teman-teman yang masih ditahan.
Buat abang Polis, hayatilah kata-kata di dalam poster ini.
Kalian bekerja untuk menjaga rakyat atau untuk menjaga kantung sesetengah golongan elitis politikus yang di atas itu?

malar bingung berkata...

Nukilan dia menunjukkan betapa kecewanya dia dengan sikap pemimpin yang selama ini dia sanjung. Jelas sekali apa yang mereka sokong dan tunjukkan kesetiaan adalah sia-sia sehingga bait ayat mengatakan ‘saatnya kita berdiri atas kaki sendiri dan membentuk gerakan politik yang baru’. Adakah Anwar dan Pakatan Rakyat akan hilang penyokong yang sanggup bermatian di jalanan? Rakyat dah semakin muak dengan tindakan pemimpin seprti ini. Bangunlah rakyat semua majukan negara kita dan bukan dengan cara demonstrasi yang sia-sia ini boleh membawa kita kehadapan.