KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Pengamal media dilarang menghampiri IPD Jinjang untuk membuat liputan manakala jalan disekat kira-kira 300 meter dari Lokap Berpusat Jinjang.Pengadang jalan turut dipasang manakala kira-kira sepuluh anggota polis mengawal sekatan menghalang orang ramai dan mengalih laluan kenderaan keluar dari kawasan tersebut.
Menurut seorang anggota polis berpangkat Koperal yang tidak mahu dinamakan, beliau diarahkan untuk tidak membenarkan media masuk ke kawasan perkarangan Lokap Berpusat Jinjang.
“Tidak dibenarkan sesiapa masuk ke kawasan ini. Sama ada media atau orang awam. Ini arahan orang atasan,” katanya berkeras walaupun wartawan Keadilandaily telah menunjukkan pas media.
Dalam pada itu, ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang melawat tahanan petang tadi menuntut kesemua mereka dibebaskan segera.
“Mereka hanya terbabit dalam perhimpun aman. Akta Perhimpunan Aman itu digubal dari semangat kebebasan bersuara.
“Tidak ada sebab untuk polis menahan lebih lama. Jika tidak, ini semata-mata penahanan bermotif politik,” tegas Shamsul
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama (Panglima) Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak memaklumkan satu himpunan solidariti akan diadakan berhampiran Lokap Berpusat Jinjang jan 8.30 malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan