HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Jun 2013

Pakatan komited bawa isu pecat SPR

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Ahli parlimen Pakatan Rakyat memberikan komitmen untuk membawa isu dibangkitkan aktivis Suara Rakyat 505 bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

khalid_samad

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut berjanji  membantu membebaskan kesemua aktivis yang ditahan polis dalam himpunan di hadapan bangunan parlimen pagi ini.

“Kita turut bersama dengan mereka yang ditahan. Kami akan bantu dan peguam akan ke sana (Lokap Jinjang), Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih.

“Saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan,” katanya kepada pemberita ketika menerima memorandum yang diserahkan wakil 60 NGO Suara Rakyat 505.

Bantu bebaskan tahanan

Beliau berjanji akan mendapakan barisan peguam Pakatan Rakyat untuk membela anak-anak muda yang kini di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.

“Kita akan minta kepada pihak polis untuk tidak mengapa-apakan mereka,” kata Khalid.

32 aktivis yang ditahan dalam himpunan depan bangunan Parlimen hari ini dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang selepas diambil keterangan di IPD Dang Wangi.

Tiada ulasan: