MALAYSIA KINI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bukan hanya Indonesia,
malah Malaysia juga harus menghukum syarikat perladangan negara ini
yang dibuktikan terlibat dalam aktiviti mencerahkan hutan di Sumatera
yang mengakibatkan jerebu.
Mengulas dakwaan
Indonesia bahawa terdapat lapan syarikat milik rakyat Malaysia terlibat
dengan aktiviti pencerahan hutan secara salah, Lim menganggapnya sebagai
"pengkhianatan" jika benar.
"Kerajaan Malaysia mesti menghantar pasukan penyiasatnya sendiri untuk memeriksa dakwaan terbabit, dan menghukum mana-mana syarikat Malaysia jika benar mereka terlibat," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menggesa kerajaan menyiasat dakwaan bahawa Sime Darby Plantations Bhd terlibat dalam aktiviti itu walaupun penafian mereka sudah dikeluarkan.
"Kerajaan Malaysia mesti menghantar pasukan penyiasatnya sendiri untuk memeriksa dakwaan terbabit, dan menghukum mana-mana syarikat Malaysia jika benar mereka terlibat," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menggesa kerajaan menyiasat dakwaan bahawa Sime Darby Plantations Bhd terlibat dalam aktiviti itu walaupun penafian mereka sudah dikeluarkan.
"Namun begitu dakwaan serius terhadap Sime Darby mesti disiasat secara terperinci memandangkan Sime Darby adalah sebuah syarikat GLC (berkaitan kerajaan) yang dimiliki kerajaan Malaysia.
"Tuduhan serius ini boleh merosakkan reputasi antarabangsa Sime Darby dan juga Malaysia," katanya merujuk dakwaan penglibatan sebuah anak syarikat Sime Darby di Indonesia.
Sime Darby Plantation kelmarin menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.
"Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam
kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation's (PT MTP)(anak syarikat PT
Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya)," beliau dipetik sebagai
berkata oleh Bernama dalam kenyataan tiga perenggan.
Menurutnya keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan
jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar
terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan
bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan.
"2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal
aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang
dihuni pihak-pihak lain," menurut kenyataan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan