Dr Mahathir berkata sekarang negara menghadapi ‘dilema Cina' dalam mana bangsa Cina sedang berada didalam satu dilema samada untuk merebut kuasa politik dan ekonomi negara sendirian dan mengenepikan bangsa Melayu dan sebagainya. Bangsa melayu sedang diusahakan oleh bangsa Cina untuk diketepikan dalam semua bidang. Begitulah bunyinya lebih kurang dalam apa yang beliau tulis dalam blog beliau dua tiga hari yang lepas.
Pengarang buku ‘Malay Dilemma’ ini kini mengarang satu lagi ‘dilema’, kali ini ‘Chinese dilemma’ dan saya tidak berminat untuk menerima pandangan yang tidak diperlukan itu. Sesungguhnya ia bukannya ‘Chinese dilemma’ dan bukannya dilema sesiapa. Yang dalam dilema sekarang ialah rakyat Malaysia sendiri khususnya orang Melayu dan sedikit dari bangsa-bangsa lain di negara ini.
LKS dengan dilemanya. |
Lim Kit Siang (LKS) memberikan reaksi dengan mengatakan Mahathir
sebagai rasis kerana mencipta ciptaan barunya iaiatu ‘Chinese dilemma’.
Apa yang dikatakan oleh LKS itu tidak salah dan ia adalah benar. Tetapi
apa yang tidak terfikir oleh LKS, beliau juga memimpin parti yang
terbentuk persepsi yang ia adalah parti yang tertumpu kepada imej parti
Cina dan itu jelas dilihat dan kita tengok secara terang-terangan.
Itulah sebabnya saya katakan dilema ini bukan sahaja dilema Cina seperti
yang diperkatakan oleh Mahathir, ia adalah dilema semua bangsa dalam
negara ini.
Rakyat sebenarnya dalam dilema, bukannya Mahathir dan bukan juga LKS.
Di satu pihak rakyat khususnya orang melayu dalam dilema yang teramat
sangat. Mereka tersepit diantara menerima kerajaan yang korup dan
tercemar dalam segala-galanya dengan memilih pihak yang hanya
mementingkan bangsanya sendiri dalam perjuangan politik mereka.
DAP telah berjaya menundukkan orang Melayu dan sudah pun ramai yang
tampil memberikan sokongan kepada parti yang di dominasi oleh kaum Cina
itu. Ini adalah satu trend yang sihat kalau dipandang dari sudut rakyat
yang 'ordinary' ini. Fenomena ini tercetus kerana orang Melayu dalam
dilema hasil dari ketidak jujuran pimpinan BN khususnya UMNO itu. Tetapi
orang melayu telah dipermainkan juga oleh pihak yang memberikan laungan
kuat tentang ‘multiracialism’ ini dengan hanya mahukan sokongan dan
undi orang melayu sahaja sedangkan ia tetap kekal memaparkan sebagai
sebuah parti kaum Cina.
Mungkin di sini betulnya Mahathir kerana tidak adil disangkal yang kita
lihat di Pulau Pinang kuasa politik dikuasai oleh DAP yang di dominasi
oleh bangsa Cina sedangkan parti DAP itu mencanangkan partinya sebagai
parti berbilang kaum. Tidak seorang pun dari Ahli-Ahli Legislatif dari
DUN Pulau Pinang di wakili oleh orang Melayu kalau kita lihat wajah
mereka satu persatu.
Di Pulau Pinang misalnya orang melayu layaknya hanyalah untuk mengandar
dan menampal poster di dinding-dinding bangunan dan tiang telefon
semasa pilihanraya umum yang lalu. Mungkin itulah yang dianggap sebagai
politik berbilang kaum itu. Kaum Cina menguasai kerajaan dan orang
melayu menjadi penampal poster dan menjadi penceramah-penceramah sahaja.
Orang Melayu hanya dijadikan ‘kuda pelejang’ untuk menyerang pimpinan
dan orang Melayu yang lain. Orang melayu Islam diberi upah dengan
memberikan peruntukkan yang tinggi kepada Majlis Agama Islam dan jumlah
peruntukkan untuk kegiatan Islam yang sebanyak itu sememangnya tidak
menjadi hal kepada kerajaan P Pinang, negeri yang kaya raya itu.
Tetapi siapa yang bersalah disini, sehinggakan orang Melayu dengan
mudah sahaja di jadikan sebagai ‘kuda pelejang’ tadi? Ia mesti bersebab
dan penyebabnya ialah kerana kepimpinan Melayu yang sudah menghadapi
kekurangan keyakinan dari orang Melayu sendiri? Sebusuk-busuk orang
Melayu mereka tidak mahu melihat pemimpin mereka yang rasuah dan tidak
bermoral itu? Maka orang Melayu terus dalam dilema dan itulah yang
sepatutnya difahami oleh Dr Mahathir.
LKS tidak ada masalah memahami keadaan ini. Kalau tidak masakan beliau
dengan mudah menggunakan Melayu yang dalam dilema ini untuk memberikan
sokongan kepada DAP dan parti-parti lain dalam PR itu? Sekarang ada
pihak yang merasakan sudah menjadi satu dosa jika orang Melayu tidak
menyokong DAP itu.
Semuanya ini terjadi kerana dilema rakyat yang sedang tersepit diantara
pihak yang rasuah yang mereka benci dan pihak yang menggunakan
kelemahan ini untuk memberikan tumpuan kepada kelompok mereka sendiri.
Rasis tetap wujud dikedua-dua belah pihak. Satu pihak bercakap isu
rasis, satu pihak lain tidak bercakap tentang isu ini tetapi tindakan
serta hasil politik mereka tidak lain dan tidak bukan adalah rasis yang
menebal.
Kedua-duanya sama sahaja. Itulah menjadikan rakyat dalam dilema untuk
memilih. Apabila mereka (rakyat) berada dalam dilema seperti ini maka
akhirnya mereka terpaksa memilih pimpinan dari bangsanya sendiri. Orang
Melayu berfikir sebusuk-busuk melayu ada bau Melayunya dan pihak lain
pula akan berfikir sebusuk-busuk bangsanya masih ada terhidu bau
bangsanya.
Orang Melayu selalunya akan mencium bau baju atau pakaian ibunya untuk
menghilangkan kerinduan terhadap ibunya yang baru meninggal. Itulah
kaedah dan maksud kata-kata saya tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan