HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Julai 2013

SUA Umno: Kita akan bela HM jika didapati tak bersalah

 


 
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau akan membela pengetua Sekolah Kebangsaan Seri Pristana sekiranya beliau didapati tidak bersalah  dalam isu pelajar sekolah tersebut yang didakwa makan di dalam bilik persalinan.

Menurutnya, pengetua tersebut telah melakukan tindakannya sebaik mungkin.

"Kita akan bela (pengetua) kalau didapati tak bersalah. Kita pasti akan bela dia. Dan daripada apa laporan yang kita terima, kita dapat mengenalpasti bahawa apa yang dia (pengetua) lakukan adalah sebaik mungkin.

NONE"Bukan hanya untuk digunakan waktu puasa sahaja tapi untuk waktu-waktu lain juga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas memberi sumbangan kepada 200 orang fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal anjuran Umno Kepong di ibu negara hari ini.

Dalam laman facebook yang dibuat bagi menyokong tindakan pengetua sekolah itu, Mohamad Nasir Mohd Nor (kiri), terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Mohamad Nasir "kecewa" kerana tiada pimpinan Umno yang tampil membelanya.

Tiada ulasan: