PETALING JAYA - PKR hari ini menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin
Zakaria supaya campur tangan berhubung kos petisyen mencabar keputusan
PRU13 yang dianggap sebagai "luar biasa".
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu
sebagai muslihat pendakwaan Umno-BN yang cuba mengagalkan dan menghalang
proses kes mahkamah daripada diteruskan dengan mengenakan kos yang
terlalu tinggi berbanding prosiding sama pada pilihan raya lalu.
"Kos yang tinggi adalah menindas dan tidak masuk akal kerana tidak
bersifat kepentingan awam sekali gus keputusan dibuat untuk mengelakkan
petisyen itu diteruskan.
"Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengendalikan kes Balik Pulau dengan
mengatakan bahawa kos RM30,000 yang dikenakan kepada petisyen Dun Telok
Bahang menentang pempetisyen PKR tidak cukup tinggi dan terus mengenakan
kos RM120,000," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di
sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan