HALAMAN SANTAI
Selasa, 30 Julai 2013
Halangan liputan portal internet bergantung kepada parti politik
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu setakat ini belum menerima maklumat berlaku diskriminasi terhadap pemberita portal berita internet
"Hal sebegini bukan sahaja berlaku kepada BN dan Umno tetapi Pakatan Rakyat (PR) turut mengamalkan prinsip sedemikian.
"Kita sedia maklum kerajaan Pulau Pinang tidak memberi kebenaran kepada pemberita media arus perdana (Utusan) bagi membuat liputan acara mereka," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Shabery berkata, kerajaan juga tidak berhasrat menyekat media baru kerana ia bakal menyukarkan rakyat memperoleh maklumat dan merumitkan penggunaan media sosial yang menjadi trend masyarakat Malaysia.
Beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati melontar pendapat atau berbahas isu di laman internet kerana dikhuatiri perbincangan mereka bakal menimbulkan perasaan kurang senang pengguna lain.
"Fitnah atau salah laku di laman sosial lebih mudah diambil tindakan kerana buktinya sudah ada. Kita perlu sentiasa lebih berhati-hati kerana ulasan dan pendapat kita juga dapat dibaca orang lain.
"Jangan cuba untuk menyakiti hati orang lain kerana undang-undang sentiasa berpihak kepada suara ramai serta jangan cuba mencabar undang-undang dengan menyalahgunakan perkhidmatan internet," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan