HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Julai 2013

Penerbit: 'The New Village' lulus tanpa potongan


MALAYSIA KINI


 
Penerbit filem 'The New Village' berkata filem dengan latar zaman pemberontakan komunis itu berkata karya berkenaan diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) tanpa sebarang potongan pada September tahun lalu.

"Filem berkenaan telah melalui semua proses termasuk tayangan LPF dan diberikan klasifikasi P13 tanpa sebarang potongan,” kata penerbit filem berkenaan dalam satu kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, filem berkenaan sedang dinilai sekali lagi oleh LPF yang berada bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Penerbit filem berkenaan menjelaskan, karya tersebut merupakan filem berbahasa Mandarin yang menampilkan satu kisah cinta yang terhalang.

Filem itu juga menonjolkan cabaran yang dihadapi kelompok kaum Cina yang dipindahkan ke kawasan penempatan kampung baru oleh British, menurut kenyataan itu lagi.

Penerbit filem berkenaan bagaimanapun tidak mengulas dakwaan bahawa watak utama yang ditonjolkan dalam kisah berkenaan merupakan seorang pengganas komunis.

Filem berkenaan dijangka akan ditayangkan pada 22 Ogos namun ditangguhkan susulan dakwaan oleh exco Pemuda Umno Lokman Adam bahawa filem berkenaan “mengagungkan komunisme”.

Susulan itu, menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata LPF perlu menilai filem berkenaan sekali lagi.

Malaysiakini masih cuba menghubungi pengarah dan penerbit filem berkenaan.

Tiada ulasan: