HALAMAN SANTAI
Rabu, 31 Julai 2013
Guan Eng: Adun Umno harus minta maaf dalam isu doktor rasis
Selepas Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam menafikan wujudnya tindakan rasis tiga doktor Cina yang enggan merawat pesakit Melayu di dua hospitasl kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal dari Umno, Datuk Roslan Saidin sewajarnya memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau, kata Lim Guan Eng (gambar).
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menggesa Roslan segera bertaubat kerana mencemarkan imej baik doktor yang secara tidak langsung turut menjejaskan keharmonian kaum.
“Saya sendiri menggesa Subramaniam untuk mengambil tindakan jika dakwaan Roslan itu benar dengan memecat dan menarik balik kelayakan mereka sebagai doktor, namun ternyata Subramaniam menafikan hal itu.
“Kerajaan negeri turut tersentuh apabila ada di kalangan doktor Melayu yang turut tampil menyatakan kemarahan mengenai kenyataan Roslan yang mencemar imej bidang perubatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Roslan dalam sidang DUN Pulau Pinang pada 3 Julai lalu memberitahu kejadian rasis itu berlaku kepada enam pesakit dan mendakwa dua orang doktor dari Hospital Kepala Batas dan Hospital Seberang Jaya bersikap rasis.
Beliau mengaitkan insiden doktor rasis itu dengan kejayaan kempen DAP yang mengakibatkan kemerosotan sokongan orang Cina dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu namun tiada sebarang bukti atau aduan rasmi yang dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan