HALAMAN SANTAI
Rabu, 31 Julai 2013
Isu anjing & Aidilfitri, TPM perlu mohon maaf kerana salah fakta
Lim Kit Siang (gambar) hari ini menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kenyataan tidak berasas dan tanpa fakta berkaitan isu pelatih anjing hina Islam.
Penasihat DAP itu berkata Muhyiddin harus berbuat demikian kerana kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan hanya satu kaum.
"Muhyiddin perlu memohon maaf kerana buat dakwaan tidak berasas dengan menuduh bukan Islam mencetuskan kekasaran terhadap Islam dan sensitiviti Muslim dalam video kontroversi terbaru 1.44 minit," katanya
Lim berkata, semua pihak termasuk Kabinet, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu dalam pembentukan negara bangsa bagi mengelakkan polarisasi agama dalam negara ini.
"Bolehkah Muhyiddin memainkan peranannya dalam pembentukan negara bangsa Malaysia?" katanya Lim pada kenyataan media, hari ini, seakan-akan menyindir.
Muhyiddin dilapor, berkata insiden itu sebagai gejala buruk yang melanda masyarakat Malaysia dan berharap usaha menggugat kesucian agama tidak sampai ke tahap mencetuskan situasi genting seperti di beberapa negara Islam lain.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada rakaman terbaru yang tersebar di laman sosial yang memaparkan seorang individu dikenali Chetz membawa tiga anjing bersiar-siar dengan suara latar takbir raya.
Walaupun negara aman, katanya perkembangan mutakhir menunjukkan tiada persefahaman dan pengertian mendalam terhadap keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Muhyiddin juga menyifatkan kejadian seumpama itu sebagai mengganggu dan menggugat ketenteraman jiwa masyarakat Islam di negara ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan