HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Julai 2013

Sah Tiada Peserta Beragama Islam Dalam Miss Malaysia World


Empat finalis beragama Islam Miss Malaysia World 2013.
 
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali telah memaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim bahawa empat finalis yang beragama Islam tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik susulan daripada kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.

Menurut Lim, Che Mat telah memanggil beliau untuk memperjelaskan mengenai undang-undang mengikut fatwa yang telah dikuatkuasakan dan sudah pun dilaksanakan. Maka tiada apa perubahan yang dilakukan.

"Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim.

"Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya.

"Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita," kata Lim.

"Saya berharap mereka dapat mempertimbangkannya semula sekiranya terdapat kemungkinan terdapat sebarang perkara yang boleh dilakukan," kata Lim.

Lim berkata, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetamu bagi acara berkenaan.

Tiada ulasan: