HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Julai 2013

Hare Krishnan tak pernah larikan diri, kata isteri

 


 
Isteri kepada Insp Inspector S Hare Krishnan berkata, suaminya yang merupakan suspek keempat dalam kes kematian dalam tahanan N Dhamendran tidak pernah melarikan diri dari siasatan.

NONEShaarmini Balakrishnan memberitahu Malaysiakini bahawa Hare Krishnan tidak kembali bertugas selepas tamat tempoh bercuti pada 15 Jun kerana suaminya itu dimaklumkan telah digantung tugas.

Oleh yang demikian, Hare Khrishan mendapatkan khidmat seorang peguam yang seterusnya menghantar surat kepada polis.

Surat berkenaan, dakwanya, tidak dijawab oleh polis.

“(Surat berkenaan) semuanya tidak dijawab. Beliau tidak pernah melarikan diri. Peguamnya juga boleh dihubungi,” kata Shaarmini.

Katanya, peguam yang mewakili suaminya itu dari firma Sri Kumar Ganapati and Co.

Menurutnya lagi, Hare Krishnan juga membuat satu kenyataan bersumpah yang didakwa menyatakan bahawa pegawai polis itu tidak bersalah dalam kes Dhamendran.

Tiada ulasan: