HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Julai 2013

Kekurangan diesel kini menular ke Sarawak

 
Pemberian kuota ini ditentukan oleh pihak syarikat dan Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.



KUCHING : Masalah kekurangan diesel di Sabah kini menular  ke Sarawak. Sejak beberapa minggu ini, Bintulu dan Kuching menghadapi masalah ini.

Dalam reaksi awal mengenai masalah ini, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Sarawak,  Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman berkata bahawa situasi di Sarawak disebabkan oleh kouta diesel telah mencapai had.

“Pemberian kuota ini ditentukan oleh pihak syarikat dan Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel. Jawatankuasa ini dipihak kerajaan pusat diwakili oleh Kementerian Kewangan dan pihak Kastam,”katanya kepada FMT.

“Pemberian kuota ini bertujuan mengelakkan salah guna diesel oleh pengguna, setiap stesen diberi kuota berbeza mengikut kadar penggunaan,” tegasnya.

Wan Ahmad berkata bahawa pihak syarikat akan menyediakan kuota tiga bulan sekali.

Katanya, untuk menangani masalah ini, KPDNKK Sarawak telah memohon kuota yang lebih besar bagi Sarawak tetapi keputusan akhir dibuat oleh Jawatankuasa tersebut.

Bagi mengelakkan masalah ini, KPDNKK Negeri telah mengarahkan pihak syarikat untuk menarik diesel dari stesen yang kurang pengunaannya.

Dalam pada masa itu juga, Presiden Persatuan Pengguna Sarawak, Datuk Haji Salleh Bin Haji Sulaiman ketika dihubungi berkata pihak mereka setakat ini tidak mendapat laporan mengenai masalah kekurangan diesel.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kawasan Perindustrian Sarawak, Datuk Peter Nansian Ngusie ketika dihubungi enggan mengulas masalah ini.

Pada Mei lepas, sumber memberitahu sebanyak 701660 liter diesel subsidi disita di Kuching tahun ini.
Kerajaan melalui PDNKK Sarawak telah mengambil langkah yang perlu seperti meletakkan pegawai-pegawai di stesen minyak untuk mengelakkan penyelewengan, meningkatkan kouta diesel subisidi sebanyak 500000 liter untuk Sarawak pada April lepas.

PDNKK juga ingin memegang Mesyuarat Diesel melalui Jawatankuasa Kelulusan Diesel Subsidi setiap tiga bulan untuk mengkaji semual kuota diesel subsidi.

Tiada ulasan: