HALAMAN SANTAI
Rabu, 31 Julai 2013
Peguam menang kes saman, Raja Petra diarah bayar RM300,000
Raja Petra Kamaruddin (gambar) diarah membayar RM300,000 kepada peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah kerana memfitnahnya dalam tiga artikel dalam blog Malaysia Today pada 2008.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Farah Hana Hashim turut mengarahkan jumlah itu dibayar pada kadar lima peratus faedah dari tarikh penghakiman didaftar.
Peguam yang mewakili Muhammad Shafee, S Ravindran, berkata artikel itu merosakkan reputasi kliennya sebagai seorang peguam.
Pada Februari 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Raja Petra melalui tiga artikel dalam laman web itu memfitnah peguam berkenaan.
Mahkamah mendapati perkataan dan komentar pengunjung terhadap artikel berkenaan, adalah fitnah.
Raja Petra juga diarah membayat Muhammad Shafee kos perundangan RM5,000.
Muhammad Shafee memfail saman fitnah terhadap Raja Petra pada Ogos 2008 berikutan artikel yang disiar pada 6,7 dan 11 Ogos tahun berkenaan.
Artikel yang dianggap fitnah itu berjudul: Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind the Anwar Sodomy Allegation.
Beliau juga memperoleh perintah injuksi ex-parte dari mahkamah untuk mengarah Raja Petra memadam tiga artikel itu dan yang berkaitan.
Raja Petra memfail kenyataan pembelaan pada November 2008 dengan menafikan bahawa tiga artikel itu sebagai palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan