MALAYSIA KINI
Senator
Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam sedia bekerjasama dengan polis bagi
membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan terhadapnya.
Beliau
yang bertanding jawatan naib presiden Umno juga yakin siasatan polis
itu tidak menjejaskan peluangnya dalam pemilihan Sabtu ini.
"Saya tidak kisah dengan tuduhan sedemikian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pembiayaan Perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, di George Town malam tadi.
Terdahulu, polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung laporan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana Lai Kuen Ban yang mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan berbaur hasutan minggu lepas.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan