KL TODAY
KUCHING:
Keputusan penggunaan kalimah ‘Allah’ bakal menentukan sejauh mana
kejayaan kerajaan dalam berhadapan isu yang melibatkan agama dan
keberkesanan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam merealisasikan impian
’1Malaysia’.
Walau
bagaimanapun, rakyat Sabah Sarawak tetap tenang berhadapan isu ini
meskipun laporan FMT kelmarin memaklumkan Jakim melalui khutbah Jumaat
menggesa umat Islam mempertahankan kalimah tersebut.
Pengguna Facebook terutama sekali penduduk Sabah Sarawak baik Kristian dan Islam mempunyai persefahaman mengenai isu ini.
“Sebagai seorang Muslim, saya tak ada masalah agama lain guna kalimah Allah,” ujar Datuk Seri Chazy Chaz.
Pengguna
Facebook yang lain pula, Abdul Halim berkata,”Sebenarnya, penggunaan
kalimah “Allah” telah ada sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Digunakan meluas di jazirah Arab yang pada ketika itu berada dalam
zaman jahiliyah lagi. Jika kita mengkaji dengan mendalam, nabi-nabi
diturunkan lebih kerap ke kawasan Jazirah Arab yang banyak didedahkan
dalam Al-Quran.”
Sementara
itu, Gillan Lee menambah,”Tetap akan gunakan kalimah Allah dalam
upacara keagamaan terutamanya kerana saya di Sarawak. Apa pun
keputusannya, saya berhak mengunakan kalimah suci bersama dgn jutaan
umat Kristian lain. Dan paling penting sekali Muslim di Sarawak tidak
mudah ‘terkeliru’ seperti di semenanjung maka tiada masalah remeh.”
Pendirian Gereja?
Pendirian Gereja?
Dalam masa
yang berasingan, Persekutuan Gereja-gereja di Sabah dan Sarawak
melalui pengerusinya, Bolly Lapok (Sarawak) dan Thomas Tsen menegaskan
bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang Kristian
melanggar Perjanjian Malaysia 1963 di mana asas pembentukan negara ini.
“Ini
adalah penghinaan, keseluruhannya tidak boleh diterima dan
pengkhianatan terang-terangan ke atas Perjanjian Malaysia yang menjamin
hak-hak orang bukan Islam di Sarawak dan Sabah untuk bebas beragama,”
tegas Bolly Lapok dalam satu kenyataan
Sementara
itu, Thomas Tsen berkata,”Dengan menghormati kepada pihak berkuasa
pentadbiran, sama ada perundangan, badan eksekutif atau kehakiman
kerajaan, kami meminta ketaksuban agama, perkauman dan ekstremisme
tidak harus diteruskan dan dibenarkan membarah dan racun negara
Malaysia.”
Keputusan
Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini bahawa penggunaan kalimah Allah
hanya untuk orang Islam sahaja. Kes sudah tertangguh sebanyak beberapa
kali setelah difailkan sejak 2009.
Penduduk
Sabah dan Sarawak berpendapat, penggunaan tersebut sebenarnya bukan
satu isu yang besar melainkan isu ini dipolitikkan oleh pihak tertentu.
“Mempolitikkan walau apa sekali pun agama mereka boleh menjuruskan seseorang itu mencium bau neraka,” tegas Cornellius Maso
Sementara
itu Chris Ap berkata, “Sabah Sarawak dan penganut bukan Islam..
menggunakan Allah sebagai simbol ketuhanan…bukan kita bikin main-main…
rasanya orang malaya sendiri menggunakan Allah dengan cara yg tidak
betul.. sebagai contoh dalam perubatan tradisional atau pun produk
kesihatan untuk kepentingan sendiri…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan