ASPAN ALIAS
“Tiada gunanya popular jika di tolak rakyat” kata Khairy Jamaludin. Ini merupakan kenyataan yang paling benar yang kita dengar dari mulut Ketua Pergerakan Pemuda yang baru di perbaharui mandat oleh perwakilan Pemuda dalam pemilihan UMNO minggu lepas.
Bukan sahaja blog ini, tetapi
juga oleh banyak pihak, yang populariti kepimpinan itu hanya boleh di nilai oleh
orang ramai bukannya oleh ahli-ahli UMNO semata-mata. Selama ini ramai pemimpin
khususnya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah memenangi jawatan penting
itu tanpa bertanding, tetapi nyata UMNO menjadi lemah seperti yang kita
saksikan sekarang.
Jika kemenangan tanpa bertanding
pemimpin utama parti selama itu menjadi kayu pengukur popularnya parti itu, masakan
UMNO kini sudah diambang kehancuran? Jika kemenangan tanpa pertandingan itu
boleh menjamin kerajaan itu bersih tanpa rasuah dan salahguna kuasa, masakan
penyakit itu menjalar begitu menular walaupun hampir setiap pemimpin utama
negara menang tanpa bertanding.
Saya sangat bergembira mendengar
kenyataan Khairy semalam dan ini membuatkan hati saya berkata, “masih ada
harapan UMNO itu segar kembali, tetapi kenalah ada ramai lagi yang berfikiran
seperti itu’. Walau bagaimana pun itu baru kenyataannya sahaja. Yang akan di
perhatikan ialah tindakan susulan untuk merealisasikan pemikiran beliau itu. Pandangan
inilah yang boleh menyejukan hati setengah rakyat yang sudah diambang tua ini untuk
mendengarnya.
Bagi saya, saya rela memberikan
pandangan dan input yang kasar sahaja kerana mungkin pandangan dan input dari
orang seperti saya dan yang lain tidak semestinya betul. Tetapi kami boleh
merasakan yang kami diberi peluang untuk berinteraksi untuk kebaikan kita.
Khairy tidak perlu menjadi popular di kalangan UMNO tetapi menerima doa popular
dari rakyat yang ramai.
Rakyat yang ramai mungkin tidak
dapat memberikan undi kepada Khairy tetapi rakyat yang ramai boleh membantu
dengan permohonan kepada yang pemberi yang ‘ultimate’ yang Maha Pemberi itu.
Pemberian dari Maha Pemberi itu merupakan pemberian yang di berkati dan ia
tidak sehebat pemberi dari pengundi dalam parti.
Pemberi dari dalam parti itu
boleh berubah mengikut keadaan. Ia boleh datang dan hilang dalam masa yang
singkat. Mereka adalah politikus-politikus yang mengamalkan politk mengikut
resmi air, di mana lekok di situ mereka berhenti. 'No permanent friends and no
permanent enemies'.
Sandarkan keyakinan kepada yang
Esa kerana negara ini adalah negara bertuah dan banyak anugerah Tuhan, yang
ramai tidak menyedarinya. Itulah sebabnya mengkufuri segala nikmat dan rahmat
itu adalah dosa yang sebesar-besarnya.
Saya dan ramai yang lain memahami
tekanan yang ada di dalam jiwa pemimpin muda ini setelah mendapat pembaharuan
mandat itu.. Tetapi jika kita bersandar kepada yang hak, ia akan memutikkan jiwa
yang tenang, dan dalam ketenangan jiwa itu, maka mudahlah untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang berada dihadapan beliau, sebesar mana pun halangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan