HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 Oktober 2013

Audit: RM2 bilion belanja keselamatan sekolah lebur

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Perbelanjaan sebanyak RM2.051 bilion untuk mengupah kontraktor keselamatan di sekolah antara 2010 hingga 2012 dicatatkan sebagai pengendalian salah yang teruk.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

laporan ketua auditKetua Audit, Tan Sri Ambrin Buang berkata, kos yang dibelanjakan itu meliputi daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan.

Menurutnya, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit yang dijalankan di sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah mendapati kontraknya tidak seragam.

Keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan juga tidak dinyatakan.

Ini meliputi pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

Tiada ulasan: