HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Oktober 2013

DAP beri amaran keras kepada media pro-kerajaan dan ahli ingkar

Oleh Rita Jong























DAP melancarkan perang ke atas media pro-kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ahli ingkar yang mempunyai tujuan untuk mensabotaj parti, kata Setiausaha Agung, Lim Guan Eng (gambar).

Parti tersebut telah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, untuk menyiasat dan mengambil tindakan disiplin ke atas ahli parti tetapi mempuyai "hati BN" yang mahu memusnahkan dan mensabotaj DAP.

"Loke akan menghantar aduan rasmi dan jika mempunyai asas untuk tindakan susulan, isu tersebut akan dibawa ke jawatankuasa disiplin yang diketuai Timbalan Pengerusi DAP dan juga MP Cheras, Tan Kok Wai," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

 Lim juga berkata, Pengerusi Biro Undang-undang DAP dan juga MP Puchong, Gobind Singh Deo bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikuasai BN seperti New Straits Times dan Utusan Malaysia, yang terus memfitnah parti.

"Gobind akan mengkaji kenyataan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar ini dan membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman fitnah terhadap mereka bagi melindungi parti daripada serangan yang boleh memberi peluang kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) menekan parti," katanya lagi.

"DAP perlu mengambil tindakan tegas dan melindungi parti daripada pembohongan bagi pihak BN dan media yang dikuasainya, New Straits Times dan Utusan Malaysia tanpa rasa malu melakukan penipuan dengan mengulanginya hampir 10,000 kali.

"Orang ramai telah hilang kiraan berapa kali kedua-dua media tersebut memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan menyelesaikan kes saman di luar mahkamah."

Lim menegaskan DAP telah mencipta sejarah dengan menjadi parti politik pertama di Malaysia melantik sebuah firma perakaunan antarabangsa untuk memantau proses pilihanraya mereka bulan lepas, bermula daripada pengeluaran notis kepada perwakilan sehinggalan hari pengiraan undi.

DAP telah mengadakan pemilihan baru pada 29 September selepas RoS telah mengarahkan mereka berbuat demikian ekoran terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti sebelum ini.

Beliau berkata kepimpinan parti itu terpaksa mematuhi arahan untuk menjalankan pilihanraya yang baru bagi mengelakkan pembatalan pendaftaran parti tersebut.

"Namun, walaupun pemilihan baru tersebut diadakan secara sah, parti terus dituduh menipu. Malahan pemilihan parti Umno tidak pula dipantau dan disahkan oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa," kata Lim.

"Masanya telah tiba untuk 150,000 ahli parti itu bergerak ke hadapan secara bagi merealisasikan impian Malaysia bersama ahli parti yang tulen dengan menggunakan logo roket dan mempunyai hati DAP," tambahnya lagi.

Tiada ulasan: