Ini merupakan satu perbuatan bodoh yang merugikan Pakatan sendiri dan musuh politik kita tentu akan tertawakan kita dan mengelarkan kita sebagai ‘badut’.
Serang-menyerang sesama ahli-ahli atau pemimpin dalam Pakatan walaupun jarang sekali dilakukan, tidak patut dilakukan sama sekali kerana ia hanya akan melemahkan Pakatan dan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa ia adalah satu pakatan yang lemah dan sering bertelagah.
“Di samping itu, halhal sebegini pasti akan diperbesarkan, dihebohkan dan ditokok-tambah oleh media arus perdana yang seolah-olah mempunyai sesuatu agenda yang tertentu,” kata ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.
Khalid juga menyeru semua ahli-ahli dan para pemimpin Pakatan supaya janganlah menyerang rakanrakan dalam parti komponen Pakatan sebab perbuatan ini diibaratkan seperti memberi peluru kepada musuh politik kita.
“Kritikan sesama parti komponen dalam Pakatan juga akan memberi gambaran yang buruk terhadap Pakatan pada keseluruhannya. Justeru itu, kita patut bertindak dengan lebih bijak dan cerdik dalam hal-hal yang melibatkan Pakatan Rakyat,” ujar Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan