HALAMAN SANTAI

Rabu, 16 Oktober 2013

Kalimah Allah: Pengguna Facebook kecewa

 
Tinjauan mendapati isu ini semakin hangat kerana warga Sabah dan Sarawak telah mengamalkan penggunaan nama tersebut sejak sebelum pembentukan Malaysia lagi. 




KUCHING: Keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu kalimah ‘Allah’ mengecewakan orang Kristian di Borneo.

Tinjauan mendapati isu ini semakin hangat kerana warga Sabah dan Sarawak telah mengamalkan penggunaan nama tersebut sejak sebelum pembentukan Malaysia lagi.

Pengguna Facebook yang sempat dirakam amat kesal dengan keputusan terbabit kerana dalam satu kenyataan di Sinar Harian, kumpulan Muslim menggesa larangan penggunaan ‘Allah’ harus merangkumi Gereja-gereja di Borneo.

Datuk Seri Chazy Chaz bertanya, “Kenapa larangan tidak digunapakai di negara Arab terus?”

“Di mana ahli parlimen bukan Islam dari Sabah dan Sarawak? Semua tengah tidur?” tanya Phang Jin Fung dalam facebook.

Iam Terence pula berkata,”Undang-undang Malaya tidak sah di Sabah dan Sarawak. Segala keputusan yang Malaya buat hanya digunapakai di Malaya sahaja, jika mahu dilanjutkan ke atas Sabah dan Sarawak, maka adalah sangat jelas masanya telah tiba untuk kita menuntut kemerdekaan mutlak yang memang telah sekian lama diabaikan”.

Beberapa persoalan juga sempat diajukan mengenai keputusan terbabit.

“Ajaran Syiah pakai nama Allah secara terang-terangan belum selesai, sibuk pula mengharamkannya untuk Kristian. Nampak sangat anti Kristian. Bila Sabah Sarawak boleh keluar dari Malaysia?” tanya Lester Lank
Phang Jin Fung pula berkata,” Bumiputera bukan Islam Sabah Sarawak bukan sahaja dirampas tanah, rumah, struktur bangsa (cadangan diMelayukan), sekarang nama Tuhan pun mahu merampas?”

Paeng Chong menambah,”Sabah dann Sarawak tiada isu ini. Ini hanya berlaku di Malaya. Kami disini boleh duduk satu meja bah sama Muslim? Di Malaya? Sangat kasian ooo…”

Zulkifli dalam satu kenyataan di Sinar Harian menegaskan supaya Gereja di Sabah dan Sarawak perlu dididik mengenai keputusan mahkamah hari ini yang mendapati bahawa perkataan “Allah” bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan Kristian.

Sementara itu, Gereja Katolik berkata ia akan merayu keputusan Mahkamah Rayuan untuk membatalkan satu keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan penerbitan mingguan Herald menggunakan perkataan “Allah” dalam seksyen Bahasa Malaysia.

Tiada ulasan: