KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Bayaran sebanyak RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi facebook dan twitter diawasi Ketua Audit Negara.
Mengikut Malaysiakini, Tan Sri Ambrin Buang mempersoal perbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian berkenaan diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, sebahagian daripada jumlah itu adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman facebook kempen ‘Tak Nak Merokok’.
Manakala laman facebook kedua dan akaun twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk ‘Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit’ menelan belanja RM120,500.
Laporan tersebut mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun facebook dan twitter berkenaan.
Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman facebook.
Laporan itu yang dipetik juga maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk tempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah ‘Likes’ yang diperolehi laman itu, ditetapkan sebanyak 100,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan