MSO
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menghalang pemakaian sebuatan (kalimah) 'Allah' oleh majalah Kristian Khotolik, The Herald dan tidak sama terpakai untuk penerbitan-penerbitan lain seperti Bible, atau Al Kitab yang
digunakan di Sabah dan Sarawak menimbulkan sedikit tanda tanya sejauh
mana relevansinya, serius dan ikhlasnya larangan itu dibuat atas
kepentingan agama (Islam) dan kehendak perlembagaan sebenar negara ini.
Apabila larangan itu hanya terbatas dalam Herlad dan kalimah itu
dibenarkan diguanakan di Sabah dan Sarawak semacam ada sedikit
kesongsangan dalam hal ini. Kenapakah dalam soal-soal agama yang
hukumnya rigid boleh dilonggarkan dan ada dua undang-undang untuk membatasinya. (Jika benar kalimah Allah itu hak mutlak umat Islam?)
Kalimah Allah yang ditakuti oleh sesetengah umat Islam di Semenanjung
tetapi boleh digunapakai dengan bebas di Sabah dan Sarawak tanpa
pertikaian sejak berdekad lalu. Sepertri mana ditegaskan oleh Timbalan
Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tunku Jaafar, katanya Kabinet
membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam al-Kitab di Sarawak dan Sabah serta jaminan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud pada tahun 2011.
Kalau diambil kira tujuan dan semangat permohonan Kerajaan (KDN) untuk menghalang pemakaian perkataan itu oleh Herald untuk tidak menimbulkan masalah agama di negara ini. Ini kerana hakikat Herald
memakai kalimah itu adalah untuk mengelirukan umat Islam dan sebahagian
dari tektik dan stretegi untuk mengembangkan ajaran Kristian. Itu yang
ditakuti. Manakala alasan penghakiman pula yang menghalang penggunaan
kalimah itu oleh Herald ia dibuat untuk mewujudkan kedamaian di
negara ini mengelakkan tercetusnya tragedi agama. Cukup jelas dan tepat
penghalangan itu jika diperhatikan dari segi zahirnya.
Kalaulah itu alasannya hujah itu masih tidak kemas dan boleh dipertikaikan. Ia juga boleh diketawakan kerana ada semacam sikap daouble standard
terhadap kepentingan Islam di negara ini. Apakah keutuhan Islam dari
diganggui oleh Kristian itu hanya perlu dikawal oleh Semenanjung sahaja,
tetapi dalam masa di Sabah dan Sarawak dibiarkan? Kenapa halangan itu
tidak mencakupi ke Malaysia Timur sama?
Tidakkah tanggungjawab umat Islam itu menjaga keutuhan dan kesucian
Islamnya bersifat sejagat? Ia bukan hanya di daerah-daerah tertentu
tetapi di seluruh dunia. Semisalnya kenapa kita mengumpul derma puluhan
jita ringgit untuk di hantart ke Palestin, Syaria dan lain-lain. Itu
mandakan perikemanusiaan Islam sejagat sifatnya.
Mengenai penjagaan kalimah Allah ini, kalau tidak untuk seluruh dunia
pun tetapi bukankah Sabah dan Sawarak itu adalah Persekutuan Malaysia?
Memelitkan kalau di dalam sebuah negara ada dua peraturan yang kontras
di antara satu sama lain.
Justeru kepada pemberani atau mereka yang bangkit membela Islam perlulah
membuat pembelaan sampai ke Sabah dan Sarawak jangan berputar dan
berkokok di Semenanjung sahaja. Kalau mereka hanya bangkit dan
menunjukkan keberanian ataupun pembelaan di Semenanjung sahaja maka
jelas mereka adalah pembela Islam munafik dan berkepentingan. Cara
mereka juga nampak kerja membela Islam sebegitu sebagai kerja sambilan
untuk mengisi masa kosong selepas tewas dalam pilihan raya.
Kalau pembelaan itu hanya di Semenanjung saja maka jelas ia dibuat bukan
berlandaskan tanggungjawab sebenar tetapi kerana motif politik. Kita
mahu tenguk Ngo-Ngo dan individu yang bermati-matian menghalang
penggunaan kalimah Allah itu, yang pakai tanjak dan keris akan terbang
ke Sabah dan Sarawak untuk memastikan Islam di sana juga tidak dicemari
dengan hal-hal seperti dilakukan Herald itu. Sebab kalimah itu masih terpakai di dalam al-Kitab dan dibenarkan.
Kalau kita benar-benar hendak membela Islam dan menjaga kesuciannya, halangan menggunakan kalimah Allah itu bukan sahaja kepada Herald tetapi
harus termasuk dalam segala bentuk bahan cetakan lain yang ada di
negara ini. Kalau keputusan Mahkamah Rayuan itu dibuat berdasarkan
undang-undang negara ini, apakah tidak boleh undang-undang sama dibuat
untuk bertindak ke atas perkara yang sama di Sabah dan Sarawak. Kita
berharap KDN serta pembela Islam negara ini akan membuat rayuan kepada
mahkamah agar tindakan sama dikenakan di Sabah dan Sarawak.
Kita tidak mahu perlaksanaan undang-undang di negara ini dan juga
perjuangan membela Islam dibuat secara bertompok-tompok dan terpilih.
Kalau kita hendak dilaksanakan biarlah menyeluruh dan mengikut prosuder
yang betul. Kalau kita main-main kita akan diketawakan oleh dunia dan
mereka menilai sejauh manakah keimanan kita terhadap agama. Sebab itu
sebelum sesuatu tindakan hendak dimulakan fikir dahulu implikasinya dan
kemunasabahannya.
Dengan tindakan dan cara mengawal kesucian Islam hari ini berdasarkan
kepada penghalangan itu ianya tidak ubah seperti cara Abu Nawas mengawal
ladangnya. Abu Nawas membina pintu pagar dan siap dengan kunci tetapi
pagarnya tidak ada. Apakah kita menerima pakai falsafah Abu Nawas dalam
hal ini? Kalau begitu ini bererti kita semua adalah watak-watak dalam
hikayat 1001 malam.
Seperkara lagi apabila ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak apakah ini
bermakna kalimah itu tidak mengelirukan orang Islam di kedua-dua buah
negeri itu. Ataupun pemahaman orang Islam di Sabah dan Sarawak leih
tinggi berbanding dengan di Semenanjung maka ia tidak perlu gusar dengan
kalimah berkenaan? Begitukah?
Kalau alasan itu diterima ini bermakna kedudukan dan pemahaman orang
Islam di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dari Semenanjung. Apakah tidak
terfikir untuk memanggil orang Isalam di Sabah dan Sarawak untuk datang
berdakwah di Semenanjung, mengajar dan memberi kefahaman mengenai
kalimah Allah itu kepada orang Islam di Semenanjung? Begitu juga apakah
istimewaannya orang Kristian di Sabah dan Sarawak sehinggakan mereka
dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam risalah dan penerbitan
mereka?
Mungkin ia diterima pakai kerana sudah menjadi amalan sejak lama dahulu.
Kalau itulah alasannya maka jelas tindakan kita menghalang kalimah
Allah itu bukan dibuat berdasarkan kehendak Islam sejati tetapi
sebaliknya peraturan yang baru kita perbuatkan kerana kelemahan diri
kita, kecetakan pengertian mengenai Islam. Ertinya kalimah Allah itu
bukan hak Islam tetapi adalah juga hak sesiapa saja yang boleh
menyebutnya.
Sekiranya kita serius untuk membela Islam dan memartabatkannya adalah
lebih baik dan lebih afdal dicadangkan Perkara 11 dalam Bahagian Kedua
Perlembagaan negara dimansuhkan. Perkara itu ialah mengenai kebebasan
beragama.
Buatlah cadagan kepada Parlimen untuk meminda perkara itu. Anjurkan
tunjuk perasaan mendesak kerajaan agar pindah perlembagaan. Apakah kita
berani? Kalau kita berlebih-lebih dan menunjukkan jambul sedangkan kita
tidak mampu berbuatnya, tidak ada guna. Islam itu adalah dinul hayat
untuk semua makhluk dan jangan kita merasakan ia hanya hak kita saja.
Demikian juga kalimah Allah bukan hak kita. Dengan mendabit dada sebagai
hak kita, dibuat keputusan menghalang ia tidak semudah itu pihak
sebelah sana mematuhinya.
Selain meminda perlembagaan yang tidak mungkin terjadi, pekara lain yang
lebih afdal untuk kita lakukan demi menguatkan Islam ialah dengan
mendalami ilmu Islam sepajang masa. Islam bagi sesebuah negara itu tidak
akan kuat dan utuh kalau sekadar menabirkan banner atau pun
membuat slogan seperti Wasatiyah, Hadri ataupun Membangun Bersama Islam.
Islam adalah ajaran praktikal bukan retorik dan ilusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan