Rakyat Malaysia perlu sedar kecelaruan politik di Malaysia kerana mereka yang ada dalam gambar di atas. 22 Tahun Mahathir rosakkan UMNO yang dibina untuk semagat kemerdekaan. Politik Wang Bermula zaman Mahathir.
1998 Mahathir Buang Anwar. 2005 Najib Buang Muhyiddin, 2020 Muhyiddin Buang Mahathir. Kan itu dinamakan KLUSTER UMNO BERPENYAKIT POLITIK CAS KETING
Engkau baca Mahathir nak betulkan diri dia kononnya orang lain yang salah, Kalau engkau percaya kepada Mahathir bermakna engkau tak kenal ular lidah bercabang 3 (bukan dua).
Mahathir: Muhyiddin mungkin dijangkit penyakit Umno
Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad membidas Muhyiddin Yassin dengan menuduh presiden parti itu mencabul perlembagaan Bersatu.
Ini susulan Bersatu dilaporkan mahu mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 11 Mei lalu tanpa kehadiran Dr Mahathir dan anaknya - Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir - sebelum ia ditunda.
Spekulasi adalah bahawa mesyuarat berkenaan adalah untuk memecat mereka berdua itu.
Dalam sebuah video hari ini, Mahathir berkata bahawa mesyuarat seumpama itu hanya boleh dipanggil oleh dirinya selaku ketua parti.
“Tetapi (mereka) ini tak nak bagi saya hadir, tak nak bagi saya ucap. Ini juga kesalahan besar.
“Sebab itu saya dapati bahawa mungkin Muhyiddin dijangkit oleh penyakit Umno. Dan (dia) suka membuat sesuatu yang tidak mengikuti perlembagaan parti,” katanya dalam sebuah video, hari ini.
MR : Bila tak ada Mahathir dan Anwar aku rasa negara akan aman damai..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan