SERAMAI
31 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS),
susulan hujan lebat di beberapa daerah di Perak, semalam dan hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu seramai 15 mangsa banjir daripada lima keluarga di daerah Kampar, ditempatkan di PPS Dewan Tebing Tinggi, Malim Nawar, setakat 9 malam ini.
"Di daerah Larut Matang dan Selama pula, seramai 16 mangsa masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol, manakala PPS Dewan Batu 8, Changkat Jering, dan Masjid Batu 8 Changkat Jering, yang menempatkan 34 mangsa pula telah ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang," katanya.
Menurut kenyataan itu, pasukan bomba dan pelbagai agensi masih membuat pemantauan di PPS dan beberapa rumah penduduk masih dinaiki air setakat ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan