'Dia curi berbilion, dia bawa dengan lori bagi balik
kepada kerajaan, dia kata ini duit aku curi, sekarang jangan ambil
tindakan ke atas aku ... Apakah kita di masa depan kalau ada pencuri,
dia kena tangkap, lepas itu bagi balik duit, dia dilepaskan? ... Saya
tidak persoal keputusan hakim, tentulah ia dibuat mengikut
undang-undang, tapi saya khuatir pasal ada banyak lagi pencuri dalam
negara kita, kalau kita pegang asas ini pencuri terlepas ... Kalau macam
ini undang-undang, mungkin kita kena pinda balik, tapi itu terpulang
kepada Dewan Rakyat nak pinda ...' - Dr Mahathir Mohamad
Menurut
Perkara 48(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana MP yang didapati
tidak sempurna akal akan hilang kelayakan menjadi MP. Bukan nak tuduh
orang tua dah gila. Tapi saya risau juga bila fikir pasal Dr M. Ini
komen saya:
1.
Undang-undang membenarkan pihak berkuasa untuk mengkompaun
kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 92(1) Akta tersebut. Selepas
kompaun dibayar, tiada pendakwaan boleh dibuat terhadap orang yang
membayar kompaun untuk kesalahan yang dikompaun itu.
2.
Bila Akta ini mula berkuatkuasa? Pada 15 Januari 2002 (ketika itu, Akta
ini dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001). Bila
Akta ini diberi Perkenan Diraja? Pada 25 Jun 2001? Nak tanya sekarang,
siapa PM masa itu? Siapa Menteri Kewangan masa itu?
3.
Tahun lepas, SPRM (yang diketuai oleh Latheefa Beebi Koya, iaitu
seorang lantikan Dr M) telah mengeluarkan notis kompaun terhadap
beberapa individu dan entiti untuk membayar kompaun kerana menerima wang
1MDB, dan sekiranya mereka gagal, mereka boleh didakwa di Mahkamah
untuk kesalahan berkaitan dengan pengubahan wang haram tapi jika mereka
bayar kompaun itu, tiada tindakan akan dikenakan (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/614856/sprm-keluar-notis-kompaun-terhadap-80-individu-entiti).
Saya nak tanya, Dr M tidurkah masa itu? Kenapa tak cakap kat Beebi Koya
yang seksyen 92 itu tak betul, jangan guna? Kenapa tak cakap yang kita
tak boleh maafkan pencuri walaupun jika dia memulangkan balik barang
curi itu? Mesti Dr M tidur lah masa itu!
4.
Saja lah Dr M guna istilah "curi" walaupun Riza sebenarnya didakwa
untuk kesalahan pengubahan wang haram. Sebab kesalahan curi memang tidak
boleh dikompaun, Kanun Prosedur Jenayah tak izinkan. Kesalahan
penggubahan wang haram boleh dikompaun selaras dengan seksyen 92 itu. Dr
M harus ingat, walaupun beliau bercakap macam orang buta huruf bab
undang-undang, PHitnah tetap PHitnah.
P.S.
Dr M ini okay kah? Atau saya ja tak faham kata-katanya? Teringat satu
pepatah Punjabi: "gunggay day ishaaray, gunggay di ma hi jaan di",
ertinya isyarat yang dibuat oleh seorang bisu hanya boleh difahami oleh
ibunya. Siapa sini "ibu" Dr M, tolong fahamkan saya maksud kata-kata Dr
M!
Dr Shamser Singh Thind
Sumber :

Tiada ulasan:
Catat Ulasan