HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Mei 2020

Inilah Bilik Operasi Masjidilharam Yg Osem


ISLAMIK MEDIA

Percaya tak bahawa Masjidilharam dan Masjid Nabawi mempunyai bilik operasi sebegini canggih?

Segala pergerakan, kamera rakaman, mikrofon serta pembesar suara imam dan bilal dikendalikan di sini.

Mesti pernah tengok siaran langsung 24 jam dari Haramain kan? Siaran tersebut biasanya memaparkan setiap sudut Haramain, jemaah di luar mahupun dalam masjid bahkan burung-burung yang berterbangan pun sempat dirakam bersama.

Mereka di bilik operasi inilah yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur semuanya. Sehinggalah kita yang berada jauh jutaan batu sekalipun, berpeluang untuk melihat dah menatap Bumi Haramain, melepaskan rasa rindu.

Paling menarik, bilik operasi ini berada di dalam masjid itu sendiri. Memang ramai jemaah tidak tahu akan kewujudannya. Hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan masuk.

*Kredit; Najmi Farisham,

Tiada ulasan: