Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Rasulullah ﷺ pesan kegilaan kuasa musnahkan individu

1. DALAM kekalutan
negara menghadapi serangan Covid-19 yang mengorbankan ratusan nyawa, ada
orang-orang tua yang tidak habis dengan perebutan kuasa mereka.
Kedatangan Ramadan juga tidak meredakan nafsu yang tiada tarikh luputnya.
إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ
“Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan sedangkan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat.” (HR al-Bukhari)
3. Rasulullah ﷺ turut berpesan kepada Saidina Abd Rahman bin Samurah RA agar tidak meminta minta jawatan.
Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam
Ibn Hajar menjelaskan bahawa sikap terlalu mengejar jawatan ini adalah
dibenci oleh Rasulullah ﷺ .
Ia adalah bebanan yang akan dituntut di akhirat kelak.
لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Kalaulah mati seekor kambing di persisirsn Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)
5. Anehnya ada dikalangan manusia pada hari ini sangat gilakan bebanan ini.
Segalanya sanggup dilakukan demi mencapai impian tersendiri.
Sehingga kita tidak pasti apakah perjuangan mereka ini untuk memperjuangkan Islam dan nasib ummah atau kepentingan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan