Sebahagian peniaga dan pekerja pasar awam di Sabak Bernam menjalani ujian swab Covid-19 di sini semalam.
SABAK BERNAM - Seramai 336 peniaga dan pekerja pasar awam di
Sabak Bernam menjalani ujian swab bagi menyaring bagi mencegah penularan
pandemik koronavirus (Covid-19) di pasar awam berkenaan.
Yang
Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mohd Faizul Fitri Muslil
berkata, pasar awam terlibat ialah Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Haji
Dorani, Sungai Besar dan Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar dan Pekan
Sabak.
"Mereka terlebih dahulu menunggu giliran masing-masing sebelum membuat ujian saringan.
"Ujian ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan selamat," katanya.
Terdahulu,
operasi bersepadu itu turut disertai Pejabat Daerah dan Tanah Sabak
Bernam, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Sabak Bernam, anggota sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia
(Rela) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabak Bernam.
Operasi berkenaan bermula pada jam 8 pagi dan berakhir 1.30 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan