HALAMAN SANTAI

Jumaat, 8 Mei 2020

PH lantik Anwar jadi Ketua Pembangkang

Wartawan MalaysiaGazette
MGF20022020_Simposium-HELP-The-Construct-Of-A-Nation_07-1
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dicapai pada satu mesyuarat 26 April lalu.

Secara kelaziman, jawatan Ketua Pembangkang diberi keutamaan kepada parti di dalam blok pembangkang yang mempunyai jumlah ahli parlimen paling ramai. Pada masa yang sama, pemilihan Ketua Pembangkang dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua ahli parlimen di blok pembangkang, katanya.

“DAP yang mempunyai jumlah ahli Parlimen paling ramai telah memaklumkan kepada Majlis Presiden PH bahawa mereka tidak akan menjawat jawatan Ketua Pembangkang.

“Oleh itu, Majlis Presiden bersetuju menamakan Anwar Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang. Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi dan Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna,” ujarnya.

Surat serahan tangan telah dihantar kepada pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Isnin lalu manakala surat serahan tangan telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada 7 Mei lalu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: