Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
PKP amar makruf nahi mungkar, ajak orang jadi baik cegah kejahatan

KERAJAAN mesti meneruskan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meskipun COVID-19 telah berjaya
diputuskan selepas ini. Cukai judi RM2 bilion setahun, belum dapat
menampung ujian COVID-19 rugi RM2.4 bilion sehari.
Terus terang, saya menjadi gusar selepas PKPB, maka tidak ada lagi PKP, apabila COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.
Sepanjang PKP, kita lihat kadar jenayah,
maksiat, gejala sosial, dadah dan berbagai aktiviti merosakkan turun
mendadak. Bagi saya, PKP ini sebenarnya adalah amar makruf nahi mungkar,
ajak orang jadi baik, cegah jadi jahat. Muhasabah paling berguna buat
semua.
Laporan indeks jenayah di seluruh negara
sepanjang tempoh PKP menurun sebanyak 70 peratus. Kejayaan yang sangat
luar biasa. Sebagai insan yang bertamadun, sudah tentu kita menginginkan
semua ini. Siapa yang tidak mahu berada dalam keadaan aman tenteram.
Persekitaran menjadi bersih. Sungai yang
mengalir ke dalam bandar raya nampak jernih, ikan bersyukur gembira.
Sebelum ini, begitu kotor dan keruh, ikan mabuk kerana tangan-tangan
jahat manusia.
Sudah tentu dalam agama Islam amat
menyukai semua ini, kerana paksi Islam adalah amar makruf nahi mungkar.
Begitu juga memulihara alam sekitar. Mungkin begitu juga bagi agama
lain.
Justeru, sudah sampai masanya kerajaan
perlu bermuhasabah, mendalami semua perkara ini. Terus laksanakan PKP
bersyarat untuk menyelamatkan anak bangsa dan alam.
Dalam maksud, selepas jam 9.00 malam,
muda mudi tidak lagi dibenarkan keluar. Apa tujuan keluar malam, jika
tidak kebanyakannya melakukan aktiviti yang sukar dikesan mata. Mana
mungkin wujud kelab siang berbanding kelab malam. Tuhan sediakan malam
untuk berehat dan tidur, bukan menjadi kutu embun. Buat jenayah dan
perkara tidak senonoh.
Pergilah melancong ke bandar raya di
negara-negara maju. Bagaimana malam-malam mereka begitu ‘Islamik’.
Mungkin inilah yang ditemui oleh Muhamad Abduh, dengan kata-kata “I went
to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and
saw Muslims, but not Islam.”
Malam-malam bandar raya Barat begitu
sunyi dan nyaman sekali. Persekitaran begitu bersih. Air sungai mengalir
jernih. Tidak ada aktiviti malam yang menghairahkan, kecuali pada hari
minggu, mereka keluar berhibur, clubbing, minum arak dan lain-lain, ini
tentulah tidak Islamik. Mari kita ambil yang baik walaupun berada di
Barat.
Kita takut rugi hilang pendapatan negara
jika malam-malam ‘dimatikan’. Pusat maksiat, kelab malam, pusat judi
dan pusat maksiat lain tidak aktif atau ditutup. Bila ada cadangan
sebegini, kita takut kehilangan bilion ringgit. Misalnya, hasil cukai
judi setahun 2 bilion. Ini tidak termasuk arak, dan premis maksiat.
Contoh lain, pada tahun 2018, apabila
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu memendekkan aktiviti premis
hiburan hingga jam satu pagi, maka ultra kiasu bangun menentang.
Katanya, ia akan memberikan kerugian kepadap pengusaha. Malah memberi
kesan besar kepada ekonomi serta industri pelancongan negara terutama di
Kuala Lumpur.
Kata ultra kiasu, pada tahun 2016
sahaja, industri bir (arak) menjana RM3.7 bilion dalam Keluaran Dalam
Negara Kasar (GDP). Jika pusat maksiat tidak dibenarkan beroperasi
selepas jam satu pagi, ia sudah tentu akan menjejaskan industri
berkenaan yang juga bergantung kepada jualan di premis-premis hiburan.
Kerajaan rugi tak dapat cukai. Rugi berbilion setahun.
Tiba-tiba Allah datangkan COVID=19, kita
rugi RM2.4 bilion sehari (bukan setahun), akibat penutupan perniagaan.
Kalau kita ambil 40 hari paling minima PKP, bermakna kerajaan telah rugi
RM90 bilion, paling kurang setakat ini.
Negara-negara maju tidak berkecuali.
Selama ini merekalah yang paling hebat dalam bidang teknologi. Mereka
untung berbilion-bilion. Sekali Allah datangkan COVID-19, untung yang
selama ini mereka jana, tidak berbaloi.
Ini baru satu wabak. Katakan datang pula
wabak yang lain, selepas ini, apa akan terjadi kepada dunia. Lumpuh.
Negara kita usahlah cerita. Jika negara maju pun tidak dapat mencegah
dengan segala kelengkapan yang ada, inikan pula kita, negara yang begitu
bergantung kepada teknologi Timur dan Barat.
Justeru, saya rayu kepada kerajaan,
buatlah muhasabah ujian Allah yang datang ini. Jangan undang murka
Allah. Mungkin ada orang tidak suka dengan kata-kata saya ini kerana
terlalu simplistik. Mana tidaknya, negara maju seperti kuasa unipolar
Amerika Syarikat pun tidak membendung pandemik ini.
Mari kita “stay at home” pada waktu
malam selepas selesai COVID-19. Semalam baru baca berita, teramat sedih,
seorang anggota polis meninggal ketika bertugas (PKP), dilanggar
pemandu mabuk ultra kiasu. Mabuk waktu malam, jarang waktu siang.
Malangnya, pemaksiat arak hidup gembira, didakwa, sedangkan keluarga
mangsa polis terpaksa tanggung derita. Wajarkah semua ini? Hukuman mati
hendaklah dijatuhkan ke atas pemandu ultra kiasu mabuk ini.
Kajian yang dibuat ke atas bandar-bandar
utama di Amerika Syarikat seperti Washington, Minnesota, Mississippi,
California, Colorado, Connecticut, Las Vegas, Wisconsin dan sebagainya
menunjukkan bahawa apabila pusat judi dibuka, kebanyakan waktu malam,
kadar jenayah dalam pelbagai bidang meningkat serta-merta sehingga 500
peratus.
Menurut John Curran, kadar jenayah
ragut, rogol, rompak, serangan dan bunuh meningkat mendadak apabila
kasino dibuka. Statistik Federal Bureau of Investigation (FBI)
mempamerkan, kadar jenayah daripada 1,000 orang penduduk meningkat
daripada 134.3 pada tahun 1978 kepada tahap menakutkan iaitu 450.3 pada
tahun 1988. Bayangkan statistik 2020.
Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh kajian
Keith Copher, Ketua Penguatkuasaan Lembaga Pengawasan Judi, Nevada,
yang mendedahkan antara 450 hingga 500 pekerja ditangkap setahun kerana
terbabit dalam aktiviti perjudian haram dalam satu daerah.
Menurut Schaff, Counselor for the
Department of Corrections, Wisconsin, manusia yang terlibat dengan
perjudian akan melakukan apa sahaja, termasuk mencuri, melakukan
jenayah, pemalsuan, penggelapan, jenayah kolar putih dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, judi turut
menjejaskan kadar percukaian negara. Menurut Tom Grey, President of
National Coalition Against Legalized Gambling, “We have studies that
show for every dollar you bring in gambling revenue, you’ll lose $1.90
in costs to the taxpayer,” he said. It’s as simple as ABC, “the
addiction, the bankruptcy, the crime and corruption that you already
have will just multiply with this expansion.” … “If you’re not fighting
it, it’s like cancer and will metastasize and take you over,”.
Amat jarang sekali aktiviti maksiat dan
jenayah dilakukan pada siang hari, semua bermula dengan malam, kecuali
dalam beberapa kes tertentu.
Jarang dengar aktiviti merempit,
mengedar dadah, menghisap dadah dan lain-lain aktiviti yang tidak
bertamadun. Semua berlaku pada waktu malam.
Malangnya, yang menjadi mangsa bukan orang lain tetapi orang Melayu, orang Islam.
Semua bukti ini menunjukkan bahawa
malam, tidak dapat membina dan membangunkan manusia. Benar, negara dapat
pendapatan lumayan, berbilion setahun, hasil aktiviti haram pada waktu
malam tersebut.
Allah uji kita dengan COVID-19, habis semua keuntungan lumayan tersebut.
Kita tidak tahu, apakah bentuk virus
yang akan menyerangkan lagi. Maka insafilah. Saya cadangkan, teruskan
PKPB walaupun kita sudah berjalan memutuskan COVID-19 sepenuhnya. Jangan
benarkan anak-anak keluar selepas jam 9.00 malam. Yakinlah, malam-malam
akan jadi aman, jika pergerakan dihadkan.
Dalam agama Kristian, judi adalah dosa
besar dan kerja-kerja syaitan. Rujuk dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13;
26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33. Pandangan Buddha
dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman’s Code of Discipline,
Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII.54. Pandangan Hindu dalam
Tirukkural, 94: 931-940. Judi turut diharamkan dalam agama Yahudi.
Istilah-istilah moden yang merujuk
kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot dan judi bola sepak,
menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi,
dimanakah hujah untuk menghalalkannya?
Persoalannya, tatkala agama lain
bersependapat dengan Islam, kenapa kita pula bertindak melawan arus mahu
menghalalkan judi, arak dan lain-lain berkaitan.
Justeru, oleh kerana tidak ada satu pun
agama yang membenarkan judi, eloklah kita fikirkan semula bagaimanakah
kesannya, jika ianya dibenarkan atau dilesenkan.
Saya tidak pernah dengar tauke judi rugi
membuka perniagaan judi yang meriah pada waktu malam. Percayalah tidak
ada orang berniaga judi, tanpa arak. Begitu juga kelab malam tanpa arak.
Percayalah, jika malam-malam terus
dihidupkan tanpa PKPB, yang menjadi mangsa bukan orang lain, tetapi
anak-anak Melayu Islam. Orang lain menyediakan premis, orang Islam yang
mendatangi.
Orang lain yang mengedarkan dadah, orang Islam paling banyak
menghisap sehingga ketagih. Ketagihan inilah akan menghancurkan. Ultra
kiasu yang menjadi pengedar, terus kaya-raya.
Akhirnya, jika kita berjaya memutuskan
COVID-19 sepenuh, teruskanlah PKPB pada waktu malam. Jangan biar malam
hidup. Biar malam itu hidup dengan manusia sujud kepada Penciptanya,
bukan mengundang murkanya. Dibimbangi, murka Allah datang, tidak dapat
lagi menampung keuntungan berbilion yang dijana.
Teruskan PKP, terus gempur
Selamatkan manusia sedang leka
Hidupkan malam solat dan tidur
Bukan bermaksiat, mengundang bala
Selamatkan manusia sedang leka
Hidupkan malam solat dan tidur
Bukan bermaksiat, mengundang bala
RM2.4 bilion rugi sehari
Baru tahu Allah nak uji
Malam hidup tanpa PKP
Siapa untung siapa rugi
Lu jawablah sendiri
Gua tak mau cakap lagi.
Baru tahu Allah nak uji
Malam hidup tanpa PKP
Siapa untung siapa rugi
Lu jawablah sendiri
Gua tak mau cakap lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan