HALAMAN SANTAI

Sabtu, 9 Mei 2020

PN sanggup berbuat apa sahaja untuk kumpul kuasa

MGF190719_RETREAT-PIMPINAN-PKR04
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap sesuatu dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada retreat pimpinan PKR di Grand Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwa mereka, ia dapat dilihat apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang giat mengagihkan jawatan-jawatan besar bagi memperkukuhkan kedudukan kerjasama itu.

“Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.

“Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji  untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata kedua-dua pemimpin itu hari ini.

Hari ini merupakan tahun kedua kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Bagaimanapun, kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan selepas digantikan dengan kerajaan PN yang bekerjasama dengan UMNO dan Pas.

Dalam pada itu, Anwar dan Mahathir berkata, pihaknya menghentikan sengketa lama dan kembali berjuang demi rakyat.

“Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat Rakyat ke pihak yang sepatutnya. Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018,” kata mereka.

Untuk rekod, ini kali pertama Anwar dan Mahathir mengeluarkan kenyataan bersama selepas kemelut politik pada Februari lalu. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: