Menurutnya, ketika Ahli Parlimen Perikatan Nasional mempunyai dua kerja iaitu sebagai wakil rakyat dan jawatan dalam GLC rakyat pula berdepan dengan isu pengangguran.
Nik Nazmi berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan 600,000 rakyat Malaysia menganggur pada Mac lalu iaitu kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
“Ketika rakyat hidup dalam kesusahan lebih 80 Ahli Parlimen PN melakukan ‘dua kerja’. Sebahagiannya ada rekod yang tidak cantik. Kes rasuah. Kes politik wang,” kata Nik Nazmi.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, setiap Ahli Parlimen menerima gaji bulanan sebanyak RM16,000 dan elaun bulanan RM8,300.
“Elaun di GLC berbeza-beza. Antara yang paling gembira tentulah Pengerusi TNB baru yang akan masuk pejabat esok, Mahdzir Khalid. Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun) selain gaji dan elaun Ahli Parlimen,” kata Nik Nazmi.
Beliau mencadangkan agar disenaraikan semua 80 Ahli Parlimen yang dilantik ke jawatan GLC termasuk kelulusan serta gaji dan elaun yang akan mereka diterima sebagai maklumat umum termasuk para pengundi.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan