Oleh Norzamira Che Noh

SHAH
ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) semalam mengesan pencemaran di
Sungai Langat yang berpunca daripada Stesen Jana Kuasa Kuala Langat
dekat situ.
LUAS dalam satu kenyataan berkata pencemaran dikesan berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang pada jam 11.50 pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya insiden itu tidak membabitkan henti tugas LRA Labohan Dagang berikutan tindakan pantas yang diambil mengawalnya.
Insiden itu dikesan susulan laporan yang diterima pihaknya menerusi Ops Sumber Air yang sedang dijalankannya bersama beberapa agensi berkaitan.
Menurut kenyataan itu, hasil siasatan secara menyeluruh yang dijalankannya bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam mendapati pencemaran berpunca daripada Stesen Jana Kuasa Kuala Langat.
"Siasatan di kawasan berkenaan menemukan sisa tumpahan yang disyaki minyak diesel di premis itu dan kami dimaklumkan oleh wakil premis bahawa insiden berlaku susulan tumpahan minyak dari peralatan pemisah minyak ekoran kekerapan hujan lebat.
"Wakil premis memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan pembersihan segera dengan memasang 'oil boom' berdekatan dengan kawasan pelepasan akhir stesen jana kuasa itu.
"Aliran sisa minyak diesel sudah berjaya dikawal dan tidak mengalir ke Sungai Langat yang mana kerja-kerja pembersihan dan penyedutan baki sisa minyak turut dijalankan oleh premis itu," kata kenyataan itu.
LUAS menjelaskan, wakil premis turut memaklumkan pihaknya menggunakan 'oil pad' dan akan meletakkan karbon aktif (AC) berhampiran premis untuk mengawal pencemaran.
Katanya, tindakan pantas kawalan di tapak berjaya mengelakkan henti tugas LRA Labohan Dagang yang boleh menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan