SHAH ALAM: Umat Islam di
Selangor tidak dibenarkan menziarahi makam diraja dan tanah perkuburan
sepanjang sambutan Aidilfitri, khususnya sebelum atau selepas solat
sunat hari raya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu diambil selaras dengan
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak
penularan wabak COVID-19.
Beliau
berkata pihak yang menguruskan tanah perkuburan dan makam diraja di
Selangor juga diminta membantu JAIS memastikan ketetapan itu dipatuhi
oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan tersebut.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan